Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2023 @ 9:35am

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Hasil Analisa Dashcam, Polis Temui Kesan Pergerakan..Periksa Setiap Rumah Di Blok R Untuk Kumpul Bukti

Susulan kes pembunuhan kanak-kanak malang, Zayn Rayyan pada Selasa lalu, pihak polis kini mendapati terdapat pergerakan pada rakaman dashcam kereta milik penduduk di Apartment Idaman, Damnsara Damai.

Bagaimanapun, pihak polis masih mengesahkan sama ada pergerakan itu membabitkan individu mahupun objek.

“Dashcam setakat ini (dikesan) ada pergerakan, tapi saya tak boleh maklumkan apa-apa, memang menunjukkan ada pergerakan.

“Kami perlu enhance (tingkatkan kualiti) video itu sama ada (pergerakan) itu membabitkan individu atau objek lain, sama ada penduduk atau suspek kita kena tunggu,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata,  pihaknya juga mendapatkan bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat bertujuan untuk menganalisa sama ada wujud atau tidak sebarang bukti baharu.

Dalam pada itu, menerusi laporan Harian Metro, pihak polis kini masih giat menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R kawasan Apartment berkenaan bagi mengumpul lebih banyak bukti untuk siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan Zayan Rayyan Abdul Matiin.

Terdahulu, kematian Zayn Rayyan mengejutkan masyarakat selepas diklasifikasi sebagai kes bunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan: Dibunuh Angkara Dendam Kepada Ahli Keluarga? Ini Respons Datuk Zayn Rayyan

Artikel Berkaitan: Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

Artikel Berkaitan: Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Artikel Berkaitan: Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Artikel Berkaitan: Mati Di Tempat Lain 48 Jam Sebelum Ditemui, Ini Kronologi Kes Zayn Rayyan… Polis Tubuh ‘Task Force’, Panggil Semula Ibu Bapa Beri Keterangan

 

Sumber / Kredit Foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

Hiburan Wed, 28 May 2025

[VIDEO] Didakwa ‘Party’ Di Kelab Malam, Cik B Tampil Respons

Cik B tampil perjelas dakwaan berhibur di kelab malam

Featured Thu, 3 Jul 2025

Fauziah Sarman Sudah Jumpa ‘Teman Pengganti’, Serah Soal Jodoh Pada Ketentuan Tuhan – “Doakanlah Saya”

Katanya, sejak kembali solo, ramai yang datang dan cuba untuk mendekati.

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Tue, 4 Jan 2022
Hiburan Mon, 18 May 2026

Hot FM Cipta Sejarah Tersendiri di Peringkat Asia, Bersiaran Langsung Dari Puncak Merdeka 118

Hot FM muncul sebagai stesen radio pertama di Malaysia yang melakukan siaran luar secara langsung dari bangunan tertinggi negara, Merdeka 118.

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Sabar Menanti Jodoh…

Sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya…

error: Content is protected !!