Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 21, 2023 @ 9:24pm

Pakai Baju Ketat Di AJL 37, Nabila Razali Mohon Maaf & Mengaku Silap – “Terima Kasih Pada Yang Mengkritik”

Penyanyi Nabila Razali tampil membuat permohonan maaf kepada semua apabila fesyennya ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu (AJL 37) lalu dikritik hebat kerana berpakaian ketat.

Memetik laporan mStar, Nabila mengakui kesilapannya dalam menggayakan busana tersebut malah akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian selepas ini.

“Bella mengaku salah Bella, sedih sebenarnya… Macam mana pun Bella tetap salah, Bella minta maaf kalau ada yang mungkin secara tidak langsung menguris hati sesiapa.

“Selepas ini Bella akan lebih berhati-hati untuk memilih busana yang Bella akan gayakan pada majlis-majlis yang Bella akan pergi.

“Saya rasa saya salah, mesti ada orang marah, kalau nyanyi tak betul pun orang akan marah juga. Saya tak boleh salahkan sesiapa. Apa benda yang saya lakukan, saya akan fikir balik,” jelasnya.

Biarpun sering mendapat perhatian sehingga dikecam warganet, Nabila tetap menzahirkan rasa terima kasih kepada semua atas kritikan kepadanya.

“Bella percaya dengan adanya tulang belakang yang kuat, peminat, keluarga, kawan dan rakan media itu yang membuatkan kita kuat.

“Sekali kita masuk ke dalam industri, kita dah jadi sebagai seorang public figure… kita kena bersedia dari apa segala kemungkinan,

“Terima kasih juga kepada yang mengkritik, tapi saya lebih berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong Bella daripada dulu sampai sekarang” katanya.

Terdahulu, pelantun lagu Peluang Kedua itu mendapat perhatian warganet apabila mengenakan busana serba biru yang agak ketat ketika menghadiri acara karpet merah di AJL 37 yang berlangsung 12 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Sep 2021

Penerima BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Terima Bayaran Terus Mulai Selasa Ini

Penerima BPR fasa 3 dan pemohon rayuan BPR bakal menerima pembayaran kredit secara terus ke akaun masing masing mulai Selasa ini. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan seramai […]

Trending Mon, 2 Mar 2020

Firasat Ashraf Akan Meninggalkan Noah, Lukisan Noah Untuk Ashraf Sinclair Punya Maksud Tersirat?

Kehilangan Ashraf Sinclair sejak minggu lalu masih terasa di hati insan-insan terdekat. Ashraf meninggal berpunca daripada masalah komplikasi masalah jantung, kehilangannya disifatkan sebagai “mati mengejut”. Saat pemergian Ashraf, sebuah lukisan yang dilukis oleh anaknya, Noah […]

Trending Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Tue, 23 Jul 2024
Events Wed, 1 Jan 2020
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Betty Rahmad, Nadiyah Shahab Jadi Mangsa Penipuan, Pelanggan Beri Duit RM100 Palsu!

Betty Rahmad, Nadiyah Shahab kesal terima duit rm100 palsu

Featured Tue, 19 Jul 2022
Events Wed, 25 Jun 2025

Pemenang Dua Anugerah Di 20th BOH Cameronian Arts Awards ‘Persiapan Seorang Aktor’ Kembali Dipentaskan di PJPAC Julai Ini

Pemenang dua anugerah di 20th BOH Cameronian Arts Awards bagi Kategori Best Original Skrip dan The Best Of 2024 bakal dipentaskan selaam 3 hari di PJPAC.

error: Content is protected !!