Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 18, 2022 @ 11:54am

Keputusan IVF Negatif, Ramai Doa Buat Achey & Isteri – “Yakin Rezeki Allah Pasti Ada”

Pelawak Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya reda dengan keputusan proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani oleh isterinya negatif, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Achey memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan dia sedang menenangkan isterinya seusai menerima keputusan tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, Nor Hasanah yang duduk di atas kerusi roda tidak dapat menahan sebak ketika ditenangkan oleh Achey di sebuah hospital.

“Syukur Alhamdulillah…Redha,” tulis Achey.

Dalam perkongsian berlainan yang dibuat isterinya pula, Nor Hasanah juga reda dengan keputusan tersebut.

“Kita usaha, Allah menentukan. Mungkin belum ada rezeki untuk kita.

“Kakak sabar ya, Insya-Allah ada rezekinya nanti. Kalau kakak sedih, mama dengan ayah lagi sedih. Mama sayang awak dan ayah awak,” luah Nor Hasanah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

Nor Hasanah turut membuat ucapan terima kasih buat suaminya dan memohon maaf kerana belum rezeki untuk mengurniakan zuriat kepada Achey.

“Terima kasih banyak, selama ini menjadi tulang belakang saya, banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak. Bahagikan masa awak, kerja dan kami, terima kasih banyak-banyak.

“Jaga saya time sakit, saya hargai sangat-sangat.

“Maafkan saya belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat. Insya-Allah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya. Saya sayang awak,” tulis Nor Hasanah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan ucapan semangat buat pasangan ini malah ramai mendoakan mereka agar dikurniakan rezeki zuriat suatu hari nanti.

Awal Disember lalu, Achey memberitahu dia dan isteri dalam proses menjalani rawatan dengan memasukkan embrio matang ke tubuh isterinya yang bermula pada bulan Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Achey Jalani Proses Masuk Embrio Matang – “Berjaya Atau Tidak, Doakan Kami Terus Kuat”

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Trending Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

2019亚洲影艺创意大奖! 《守百年之约》横扫马来西亚区3奖项

2019亚洲影艺创意大奖​​​​​​​昨天(16日)宣布代表亚洲各地的入围名单!八度空间年度巨献《守百年之约》荣获马来西亚区3个奖项,包括最佳女主角Emily陈子颖、最佳男配角Coby庄可比及最佳原创剧本。

Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

BYON7 Janji Aksi ‘Tarung’ Sebenar, Rematch Paling Dinanti Sabtu Ini!

Tumpuan BYON Combat Showbiz 7 Sabtu ini pastinya terarah kepada aksi ulangan antara Putra Abdullah dan Ronal Siahaan.

Trending Mon, 20 Apr 2020
error: Content is protected !!