Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2023 @ 10:23am

Mati Di Tempat Lain 48 Jam Sebelum Ditemui, Ini Kronologi Kes Zayn Rayyan… Polis Tubuh ‘Task Force’, Panggil Semula Ibu Bapa Beri Keterangan

Kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh mengejutkan ramai pihak apatah lagi hasil bedah siasat menunjukkan kanak-kanak autistik itu dilaporkan telah meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata, bedah siasat mendapat terdapat kesan jenayah dibadan mangsa termasuklah kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Katanya, bedah siasat pada petang Khamis menunjukkan mangsa bukan meninggal dunia di lokasi mayatnya ditemui.

“Bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga, memadai saya cakap itu sahaja,” katanya.

Susulan hasil bedah siasat yang dijalankan,  Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, pihak polis akan merakam semula keterangan ibu bapa mangsa selepas hasil bedah siasat membuktikan Zayn Rayyan mati dibunuh.

“Ya, kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa (untuk bantu siasatan polis).

“Selain itu, kita turut wujudkan ‘task force’ (pasukan khas) fokus untuk membantu dalam siasatan kes ini,” jelasnya.

Terdahulu, kanak-kanak malang itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira jam 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari bersama pihak polis.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring secara mengiring di tepi anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Tambahnya, pihak polis juga akan memanggil semua saksi terdekat kes ini termasuklah ibu bapa, jiran dan orang awam yang menjumpai mangsa.

Sekadar info, jenazah Zayn Rayyan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, kira-kira jam 7 malam pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN:Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Nov 2018

Menyayat Hati Kisah 2 Beradik Menyorok Di Bawah Bas

Sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang 3 jam perjalanan dibawah bas semata-mata rindu pada ..

Hiburan Thu, 18 Oct 2018
Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

Featured Tue, 17 Mar 2020
Featured Sun, 20 May 2018

Enggan Ketinggalan Dalam Bergaya? Ikuti Lima Trend Popular Fesyen Lebaran 2018 Ini

Rekaan klasik kebaya pendek dan baju kurung pesak gantung, kembali mencuri tumpuan pereka fesyen terkenal.

Featured Thu, 6 Oct 2022