Trending By: SGMS Enal November 13, 2018 @ 8:51am

Menyayat Hati Kisah 2 Beradik Menyorok Di Bawah Bas

Dua beradik dikatakan sanggup menyorok dibawah bas. Kalau menyorok dibawah bas yang berhenti tidak mengapa tetapi ini dibawah bas yang sedang menuju ke salah satu stesen di daerah Xilin.

Bas ini bergerak dengan kelajuan sepanjang 80 kilometer (km) sejam dan mereka telah menyorok selama 3 jam

Kenapa ? Semata- mata untuk berjumpa ibu bapa mereka yang berkerja di bandar

Adik beradik ini dari perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.

Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.

Anggota badan kanak-kanak terbabit dipenuhi lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,”kata pekerja itu.

Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.

Sumber : BBC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Featured Mon, 5 Dec 2022

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Betul tu! Kadang ada yang berfikir-fikir nak kahwin sebab takut dengar cerita org yang dah kahwin. eh!

Trending Sun, 4 Jul 2021
Hiburan Fri, 2 Jun 2023

Zarina Zainoordin Minta Agar Doa Cepat Dipertemukan Jodoh, Dedah Sudah Bercinta 10 Tahun

Kita doakan jelah semoga zarina mendirikan rumah tangga secepat mungkin