Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 30, 2023 @ 8:50pm

Shuk Sahar & Isteri Akhirnya Berpisah? Rossa Sera Amuk Sering Kena Provoke – “Kau Ugut Dia Macam-Macam Sampai Bercerai Berai”

Status hubungan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isteri Rossa Sera sekali lagi menjadi persoalan biarpun bersama mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

Terbaharu, Sera memuat naik perkongsian dia meluahkan rasa bengang beserta tangkap layar di Instagram seakan-akan memberi bayangan rumah tangganya bersama Shuk kini sudah terlerai.

“Shuk dah cuba jadi yang terbaik. Alhamdulillah Sera dan Shuk memang sangat baik sebelum kami ke umrah pun dah janji doa yang baik-baik di sana untuk masa depan masing-masing dan anak-anak.

“Yang menjadi masalah aku sekarang ni apa masalah betina tu eh cakap anak-anak aku macam tu.

“Bapak punya jahat la manusia macam kau ni, aku jadi saksi mata kepala aku sendiri macam mana Shuk tersiksa dulu sebab kau.

“Aku sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami laki bini masing-masing. Kau ugut dia macam-macam sampai bercerai-berai pun dah

“Tapi kau masih lagi sia-sia kan dia, paling tak boleh blah bila dia tak nak layan kau mula provok dia macam-macam dulu, mana la common sense kau,” luah Sera.

Tambah Sera, dia menjelaskan bahawa perpisahan mengajar dia dan Shuk menjadi ibu bapa yang baik. Malah turut mengakui hubungannya kini lebih sihat berbanding sebelumnya.

“Alhamdulillah berpisah banyak mengajar kami jadi ibu dan ayah yang baik demi masa depan anak-anak.

“Serius, hubungan kami berkawan lagi sihat daripada dulu rasa macam hidup dalam neraka.

“Semoga Allah selalu merahmati mu atas segala kesabaran dan kebaikan kamu selama ini,” kongsinya.

Lebih mengejutkan, Sera turut mengucapkan terima kasih kepada Shuk selain mendoakan agar pelawak itu diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan ini.

“Thank you untuk empat tahun lepas sebab dah berjuang untuk bersama kami.

“Kita merancang, Allah menentukan..walaupun jalan memisahkan kita tapi mendekat kita dengan Allah. Alhamdulillah, so happy tengok kamu berubah.

“Semoga kau kuat lah ya, dulu boleh la aku diam sebab kalau aku bersuara dia provok dan ugut kau di media…kalau tak ugut, lapor polis,” tulis Sera.

Sebelum ini, Shuk dan Sera berkongsi momen mengerjakan umrah bersama menerusi akaun Instagram.

Terdahulu, Sera sudah menfailkan cerai terhadap Shuk pada November 2021.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

“Saya B40, Tak Layak Salam Datin T20″ – Azza Elite Jawab Dakwaan ‘Tak Semenggah’, Dikritik Sendu… Akui Ada ‘Penyakit’ Rendah Diri

Keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada ketenangan dan kestabilan berbanding mengejar populariti.

Featured Sun, 3 May 2026

“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 

Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan yang sering dibangkitkan mengenai pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan artis, khususnya ketika mengenakan solekan.

Featured Tue, 21 Aug 2018
Hiburan Fri, 6 Mar 2026
Featured Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
error: Content is protected !!