Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 3, 2024 @ 4:52pm

Majlis Graduasi Sekolah Diadakan Di Hotel 5 Bintang, Fizz Fairuz Minta Ibu Bapa Tak Berkira Dengan Anak

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya berkira mengeluarkan wang bagi meraikan majlis graduasi anak-anak mereka di hotel.

Menerusi hantarannya di Instastory, majlis yang dianjurkan pihak sekolah hanya setahun sekali itu tidak sepatutnya menjadi beban kepada ibu bapa.

“Setahun sekali, bukan hari-hari keluar RM150, RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh.

“Takkan untuk anak nak berkira. Ini pendapat sayalah,” ujarnya.

Sementara itu, Fizz memberitahu keputusan pihak sekolah menganjurkan majlis graduasi di sebuah hotel adalah atas persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Sekolah buat dekat tempat yang selesa dikatakan tidak sesuai. Bila buat dekat sekolah saja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya.

“Adoi..semua benda tak betullah zaman sekarang ni. Untuk anak-anak bagi jelah, mereka (pihak sekolah) buat sebab PIBG dah setuju dan ibu bapa juga sudah setuju.

“Kalau tak setuju mereka tak buat,” katanya.

Terdahulu, pelakon Andrea Abdullah mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang menjadikan trend penganjuran majlis graduasi di hotel lima bintang yang mengenakan bayaran RM150 hingga RM200 bagi setiap pelajar.

Malah, Andrea mendakwa tindakan guru besar sengaja mengadakan majlis di hotel mewah seolah-olah ingin menunjukkan sekolah bertarah hebat di media sosial tetapi membebankan ibu bapa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Mar 2026
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

“I Really Don’t Care Anymore”, Liam Hemsworth Claims to Had Enough of Miley Cyrus

Their breakup is shocking, but Liam’s take on their split is even more shocking!

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

[VIDEO] Cik B Latih Muay Thai, Bodyguard Serah Badan Jadi ‘Puching Bag’

Cik B berlatih Muay Thai, bodyguard jadi punching bag

Trending Sat, 26 Jun 2021
Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

error: Content is protected !!