Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 6, 2026 @ 12:05pm

“Janji Nak Bagi Suami Enam Anak, Tapi Trauma Postpartum” – Atikah Suhaime Ambil Masa Setahun Untuk Pulih

Pelakon, Datin Atikah Suhaime terbuka berkongsi pengalaman mencabar dilaluinya selepas melahirkan anak sehingga mengakui mengambil masa hampir setahun untuk kembali berasa seperti dirinya sendiri.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Atikah berkata perjalanan selepas bersalin atau postpartum yang dialaminya tidak mudah sehingga membuatkan dia terfikir sama ada mahu menambah anak lagi atau tidak.

“Saya ambil masa hampir setahun untuk rasa seperti diri sendiri semula. Normal ke kalau tak mahu ada anak lagi? Saya rasa Mulan sudah sempurna.

“Ada tak ibu bapa di sini yang cuma ada seorang anak? Okay ke?” tulisnya.

Menurut Atikah, sebelum mendirikan rumah tangga dia pernah berjanji kepada suaminya, usahwan Datuk Lokman Tea untuk mempunyai enam orang anak, namun pengalaman selepas bersalin mengubah pandangannya.

“Sebelum kahwin, saya pernah janji dengan suami nak bagi dia enam anak. Tapi nampaknya tak jadilah. Perjalanan selepas bersalin ini memang bukan perkara mudah,” katanya.

Dalam masa sama, Atikah mengakui pengalaman ketika hamil sangat menyenangkan, malah ramai memuji dirinya kelihatan berseri sepanjang tempoh itu.

“Pengalaman saya ketika hamil memang sangat indah. Orang kata saya nampak berseri walaupun badan saya besar ketika itu,” katanya.

Bagaimanapun, situasi berubah selepas dia melahirkan anak apabila berdepan tekanan emosi dan fizikal, selain berasa cepat letih serta mudah sedih.

“Tapi selepas bersalin adalah waktu paling sukar buat saya. Orang sekeliling mengharapkan saya cepat kembali seperti biasa, sedangkan saya cepat penat dan sering rasa sedih,” katanya.

Menurut Atikah lagi, komen mengenai perubahan fizikalnya selepas bersalin turut memberi kesan kepada emosinya.

“Bila ada yang cakap ‘kenapa dia besar sangat’, malah ada kawan yang menawarkan ubat kurus, perkara itu membuatkan saya trauma,” katanya ketika membalas komen netizen.

Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan pada 8 Mac lalu iaitu Lyla Mulan Teh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 22 May 2021

Bakal Jadi Pencabar Dolla? Akim & Stacy Lahirkan Nona

Berpengalaman luas dalam bidang nyanyian dan muzik, penyanyi Stacy dan Akim Ahmad menerusi syarikat rakaman mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment ‘melahirkan’ kumpulan Nona yang terdiri daripada tiga wanita. Dianggotai oleh Raja Nuraizureen Raja Azahari, 25 […]

Featured Sun, 4 Sep 2022

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Syamsul Yusof- Puteri Sarah Bakal Dapat Anak Kedua

Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin terlalu awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga. Doakan ya!

Hiburan Thu, 27 Jul 2023

[VIDEO] “Kau Manusia, Bukan Kambing,” – Mulut Akan Bau Busuk, Muka Jadi Lesu… Kak KM Tegur Jangan Terlalu Cut Sugar

Haa ini min setujuu.. Dalam diet journey, kena enjoy. Kalau strict tak kekal lama 😌

Featured Sat, 12 Oct 2024
error: Content is protected !!