Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 27, 2023 @ 11:07am

Nyanyian Syafinaz Dikecam Sehingga Kredibiliti Jadi Juri Dipertikai Warganet, Ajai Tampil ‘Back Up’

Penyanyi, komposer dan penerbit muzik, Ajai mempertahankan rakan artis yang bergelar guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat selepas nyanyiannya dikutuk dan dikecam ketika membuat persembahan di sebuah program, baru-baru ini.

Menurut juri Famili Duo 3 itu, orang ramai tidak sepatutnya mempertikaikan ilmu dan pengalaman Syafinaz dalam bidang muzik termasuk kelayakannya untuk duduk di kerusi juri pertandingan.

“Mungkin orang tidak biasa dengar Syafinaz menyanyi soprano sebab itu bukan pasaran Malaysia. Tetapi, kita jangan perlekeh ilmunya. Kalau dia berijazah, takkan kita mahu meremeh-remehkan?

“Seperti kita boleh lihat, tidak semestinya pengadil pandai main bola. Tetapi sudah pasti dia tahu undang-undang di padang,” kata Ajai.

Terdahulu, tular di media sosial video Syafinaz mendendangkan lagu Persis Salju dan Europa nyanyian asal Monica Naranjo yang dikritik netizen sehingga ada yang mendakwa tahap persembahan terbabit tidak setaraf dengan kredibilitinya sebagai juri.

Menurut Ajai yang menyandang tanggungjawab juri pelbagai pertandingan, dia dan Syafinaz masing-masing terbuka menerima kritikan netizen kerana itu hak mereka untuk bersuara.

“Kami bekerja berdasarkan pembelajaran dan pengalaman. Dia ada ilmu formal dalam bidang vokal manakala saya pula penerbit muzik. Kita sudah meraih pengalaman lama dalam industri hiburan.

“Kita tidak mengharapkan kita menyanyi dahsyat apabila kita bagi komen pada seseorang penyanyi. Tetapi kita tahu mengenai undang-undang nyanyian, Syafinaz adalah pensyarah muzik, guru vokal dan saya pula penerbit.

“Bagi saya, tohmahan netizen itu tidak mengapa. Itu hak mereka, sama ada hendak suka atau tidak. Kadang-kadang dia cakap tak suka, apabila jumpa dia luar, dia tetap nak selfie bersama. Disebabkan itu, saya fikir, tohmahan netizen itu tiada apa-apa,” jelasnya.

Ajai ditemui di sidang media Konsert Exists Borneo Tour, baru-baru ini.

Konsert Exists Borneo Tour pada 17 Disember 2023 bakal diadakan di Borneo Convention Center, Sarawak dan pada 30 Disember 2023 pula, ia akan diadakan di Sabah International Convention Center. Layari www.ticket2u.com.my untuk pembelian tiket.

Dalam perkembangan lain, Ajai muncul sebagai juri program Famili Duo 3 bersama Mas Idayu.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 setiap Ahad jam 9 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Rindu Nak Berlakon Karya Bermutu, Akhirnya Rahim Jailani…

Rahim berpendapat skrip dan jalan cerita Pokok hebat dan mesej yang ingin disampaikan juga jelas berguna kepada masyarakat.

Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Normala Samsudin Kepingin Sambung Belajar…

Normala bahagia melewati kehidupan sebagai suri rumah tangga. Alhamdulillah!

Featured Thu, 17 Aug 2023
Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Sun, 31 Mar 2024
Hiburan Tue, 14 Feb 2023
Featured Tue, 12 Mar 2024

Sambut Perayaan Nyepi, Rizky Febian Didakwa Murtad? Ini Jawapan Balas Mahalini – “Fitnah Itu Lebih Kejam Daripada Pembunuhan”

Mungkin juga Iky sekadar memeriahkan perayaan tersebut.. Jangan lah sampai tuduh murtad pula okay? Tak baik.😎✌️

error: Content is protected !!