Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2023 @ 2:46pm

Darmas Bawa Intipati Muzik Melayu Menembus Budaya Pop Semasa

Dalam dunia serba moden dan kebanyakan penggiat seni tanah air menghala ke arah muzik antarabangsa, Darmas hadir memberi kelainan dengan dua lagu baru bertajuk ‘Nelayan Moden’ kolaborasi bersama John Bear dan ‘Pemegang Dunia’ bersama penyanyi kumpulan Nastia, Leo Azman.

Darmas membawa gelombang pembaharuan kepada elemen tradisional melalui adaptasi dan aplikasi ke dalam muzik arus perdana. Menerusi dua buah lagu ini, mereka bukan sahaja mengekalkan instrumen seperti Rebana dan Kulintangan, malahan Darmas berjaya membawa intipati muzik Melayu yang menembus budaya pop semasa.

Dengan mesej yang padat dan gaya penulisan lirik yang unik menjadikan Nelayan Moden mempunyai rohnya yang tersendiri.

John Bear yang juga merupakan penyanyi kumpulan Budak Nakal Hujung Simpang berasa amat berbesar hati apabila mendapat pelawaan untuk menyanyikan lagu ini.

“Pada mulanya saya amat cemas dan gementar nak nyanyikan lagu ini. Saya sedar dengan kemampuan sendiri tetapi disebabkan kepercayaan dan tunjuk ajar, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” kata John Bear.

Proses rakaman tanpa ada tekanan amat membantu membina keserasian bersama. Kata John, dia berasa selesa dengan suasana kekeluargaan Darmas.

“Saya harap lagu berirama desa dan nusantara seperti ini kembali diterima ramai terutamanya oleh golongan anak muda yang mungkin sebelum ini kurang ada pilihan. Biarlah lagu ini memilih jalan takdirnya sendiri,” tambahnya berseloroh.

Pendekatan unik muzik Darmas didalam lagu Pemegang Dunia menggabungkan gaya muzik masa kini dan pengaruh muzik tradisional menyajikan sesuatu yang segar.

“Proses rakaman berlangsung dengan sangat mudah. Antara lagu yang paling sekejap saya rakamkan. Saya sudah mengenali kumpulan Darmas ni dari zaman kolej jadi keserasian itu sudah ada.

“Genre untuk Pemegang Dunia ini tidak jauh dari apa yang saya bawa bersama Nastia, mungkin sebab itu juga Darmas memilih saya untuk berkolaborasi. Saya harap Darmas akan terus hasilkan karya-karya nusantara seperti ini. Genre mereka ini sangat kurang di Malaysia,” kata Leo.

Menurut Purnama Maqasuci yang juga merupakan penerbit bersama kumpulan Darmas, mereka mahu membuatkan pendengar berfikir selain dapat menyentuh perasan mereka dan menyampaikan mesej yang baik serta berharap muzik kita terus berevolusi.

Nelayan Moden dan Pemegang Dunia sudah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBox dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jan 2018

《GoGo旺得福》造势活动开跑啦!

首要媒体集2018年新春活动和同名贺岁专辑《GoGo旺得福》已经隆重面世!ntv7艺人及八度空间主持人,将于1月13日起开展北、中、南马一连串的造势活动,与观众近距离接触玩游戏,大派奖品迎接“旺旺年”的到来 !

Hiburan Tue, 11 Jun 2024

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Tak baik tau guna isu kesihatan mental semata nak promosi sesuatu benda

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

‘ Tak Ada Doa Dan Usaha, Memang Single Ke Sudah Jawabnya’, Baim Wong Kongsi Tips Buat Si Bujang

Baim memang terkenal dengan gelaran Presiden Lelaki Jomblo (Lelaki Bujang) sebelum ini kerana sudah lama keseorangan sedangkan rakan seusianya sudah berpasangan. Amboi Baim… lepasni boleh beri tips rumah tangga pula ya!

Featured Wed, 25 Jun 2025

Gagal Tahan Sebak, Syed Saddiq Dilepas Bebas Dari 4 Pertuduhan

Syed Saddiq akhirnya bebas dari pertuduhan.

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

首要媒体2019年贺岁MV《So Happy》开拍!

距离2019猪年不到5个月的时间,首要媒体已开始筹备贺岁专辑咯!日前八度空间旗下8位艺人难得聚首,进行主题曲《So Happy》MV拍摄。

Featured Tue, 27 Sep 2022
Events Tue, 3 Sep 2019

Swiss Dream Circus Gerenti Luar Biasa!

Swiss Dream Circus happening giler!

Hiburan Mon, 22 Jul 2024

[VIDEO] “Saya & Fattah Baik Sahaja, Spekulasi Itu Tak Betul” – Fazura Leraikan Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Alhamdulillah, semoga Allah terus melindungi rumah tangga Fazura & Fattah ❤️

Featured Fri, 5 May 2023
error: Content is protected !!