Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 22, 2024 @ 3:23pm

[VIDEO] “Saya & Fattah Baik Sahaja, Spekulasi Itu Tak Betul” – Fazura Leraikan Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Usahawan dan pelakon jelita, Nur Fazura mengakui tidak tahu dimana hujung pangkal berhubung rumah tangganya bersama aktor, Fattah Amin yang didakwa bergolak.

Ketika ditemui XTRA, Fazura menegaskan dakwaan sensasi tersebut sama sekali tidak benar.

“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey tak.

“Saya faham peminat sangat mengambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama. Tetapi, saya ada satu lagi akaun Instagram private.

“Di situ sesiapa yang follow boleh melihat foto kami bersama. Boleh juga nampak perkembangan kami dan anak. Kalau ada spekulasi macam itu memang tak betul, saya dengan Fattah okey,” katanya.

Sementara itu, aktres filem popular Pisau Cukur ini menjelaskan dia jarang bertemu Fattah dek kesibukan dengan bisnes dan kerjaya masing-masing.

“Kami sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak tunjuk kemesraan,” katanya lagi.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis peluncuran koleksi tudung Fazura kolaborasi bersama KPM PROSPEC di Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, pelakon yang juga seorang penyanyi ini mengehadkan perkongsian peribadi di media sosial miliknya akibat terkesan dengan tragedi menyayat hati rakyat Palestine direjim zionist.

“Secara jujur saya memang terhadkan posting di media sosial. Saya terkesan melihat mereka di Palestine.

“Jadi saya rasa tak okey tunjuk kemesraan bersama keluarga di media sosial. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami,” ujarnya lagi.

Fazura

Sebelum ini, kecoh mengenai dakwaan rumah tangga pasangan selebriti ini bergolak yang mula tercetus  selepas Fazura dan Fattah dilihat jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Artikel Berkaitan:Nur Fazura Lebih Selesa Tak Kongsi Hal Rumah Tangga Di Media Sosial – “Fattah Ada Di Rumah, Kami Nak Jaga Privasi”

Artikel Berkaitan: Terkejut Fatima Dah Pandai Solat Sendiri, Fazura Akui Terharu – “Lama Fikir Nak Share Ke Tak… Tapi Dia Masih Kecil”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan […]

Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Sanggup Tanggung Dosa?” – PU Syed Tegur Pelakon Tanggalkan Tudung, Ingatkan Soal Aurat Bukan Pilihan

Terdahulu, pelakon terbabit memaklumkan dia sudah berbincang secara terbuka dengan ahli keluarga mengenai keputusannya menanggalkan tudung

Hiburan Sun, 28 Jul 2019

Raysha Rizrose Bosan Jadi Baik?

Bawak banyak bersabar Raysha

Featured Wed, 15 May 2024
Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Shila Amzah Akui Tak Mudah Jadi Bintang Cilik, Beri Kesan Pada Mental – “Saya Sendiri Pernah Jumpa Doktor”

Shila Amzah berkata kehilangan pengalaman zaman kanak-kanak turut boleh memberi gangguan mental yang berpanjangan

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Exists sememangnya salah satu kumpulan muzik terhebat Malaysia!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

“Dia Minta Kami Ketepi Telefon Bimbit”- Farah Nabilah Teruja Jumpa Idola!

Siapa pun mesti terujalah kalau bertentang mata dengan idola, betul tak?

error: Content is protected !!