Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 12, 2026 @ 10:53am

“Sanggup Tanggung Dosa?” – PU Syed Tegur Pelakon Tanggalkan Tudung, Ingatkan Soal Aurat Bukan Pilihan

Keputusan seorang pelakon wanita untuk tidak lagi berhijab mengundang perhatian ramai, termasuk pendakwah bebas, PU Syed yang tampil memberikan teguran secara terbuka berhubung isu berkenaan.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan kewajipan menutup aurat bukan sebuah pilihan, sebaliknya satu tuntutan yang sudah ditetapkan Allah SWT kepada setiap Muslim yang akil baligh dan berakal.

Menurutnya, tindakan menjaga solat memang wajar dipuji dan disyukuri, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan perintah lain.

“Kalau ayah faham kita tanggalkan tudung, tapi solat jaga, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Satu bahagian itu kita sudah sempurna dengan menjaga ibadat solat.

“Tetapi dengan kita mencabut tudung, aurat kita dedahkan, itu satu perbuatan yang haram, yang sepatutnya kita sendiri kena faham.

“Bukan perlu orang lain faham, kita sendiri perlu faham bahawa kefarduan yang telah ditetapkan kepada seorang Muslim yang telah akil baligh, mestilah menutup aurat,” katanya.

Dalam nada tegas, PU Syed turut mempersoalkan sama ada seseorang itu sanggup menanggung dosa secara berterusan apabila aurat didedahkan kepada umum.

“Jadi sanggupkah kita menanggung dosa sepanjang masa kita dedahkan aurat tersebut, dilihat oleh orang dan kita rasa tidak bersalah kepada Allah?

“Kepada adik ini, tolonglah faham mana yang perlu kita utamakan dalam hidup, iaitu perintah dan larangan Allah. Itulah syarat seorang Islam,” katanya lagi.

Tambahnya, umat Islam perlu sentiasa memohon kekuatan dan kesabaran daripada Allah SWT, bukan sahaja ketika diuji, tetapi juga dalam usaha melaksanakan setiap perintah-Nya.

“Sabar ini bukan sekadar bila diuji, tapi sabar dalam melaksanakan perintah Allah.

“Kena banyak berdoa supaya Allah jaga kita dan beri kefahaman yang baik tentang kefarduan yang telah ditetapkan. Tidak ada yang boleh kita ambil mudah.

“Kecuali jika seseorang itu tidak berakal atau belum baligh. Jika tidak, maka kewajipan itu tetap atas kita,” katanya.

Terdahulu, pelakon terbabit memaklumkan dia sudah berbincang secara terbuka dengan ahli keluarga mengenai keputusannya menanggalkan tudung, malah bapanya hanya berpesan agar dia tidak meninggalkan solat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Oct 2019
Trending Thu, 29 Apr 2021

Nora Perjelas Dakwaan Kahwin Dengan Menteri

Penyanyi Datuk Nora Ariffin menjelaskan dakwaan beliau kini bergelar isteri kedua kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa adalah tidak benar dan tidak masuk akal. Menurut penyanyi yang kini berusia 48 tahun , sebaik […]

Trending Sat, 9 Mar 2019

Terpaksa Batal Contest Pilih Durian Terbaik

Hanya kerana status di laman Facebook, lebih 10,000 penyertaan diterima. Contest apa tu?

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

台湾金曲天后蔡琴重返云顶开唱!天籁嗓音带给歌迷「好新琴」

继2019年的演唱会门票售罄后,台湾殿堂级歌后蔡琴将于6月13日,重返云顶云星剧场的舞台!

Trending Thu, 21 Jun 2018

Tahniah! PM New Zealand Cipta Sejarah

Ardern, 37 melahirkan anak sulungnya dan pasangan Clarke Gayford, 40, seberat 3.3 kilogram.

Events Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Anak Rimau The Movie Suntik Semangat Patriotisme, Bakal ‘Mengaum’ Di Pawagam Pada 1 September 2022!

Fuhh, tak sabar min nak tengok Beto jadi jurulatih ala-ala Mokhtar Dahari! Nantikan filem berkonsepkan bola sepak menampilkan bintang hebat dan anak-anak remaja Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.

Events Thu, 18 Jul 2024

“Berani Buat, Berani Tanggung” – Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Mak bapak mana yang tak sedih anak terlibat dalam kes pembunuhan😥

error: Content is protected !!