Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal March 9, 2019 @ 1:10pm

Terpaksa Batal Contest Pilih Durian Terbaik

Kalau anda mengikuti sosial media minggu ini, pasti anda teringat tentang contest mencari durian yang terbaik. Pemenangnya bakal membawa pulang ganjaran lumayan yang menjadi rebutan.

 Anont Rotthong yang merupakan seorang usahawan ladang durian dari Thailand membuat contest untuk lelaki lelaki di luar sana yang berjaya memilih buah durian yang terbaik.

Beliau dikatakan bakal menghadiahkan wang sebanyak 10 juta bath (RM 1.28 juta), 10 buah kereta, ladang durian dan menjodohkan pemenang dengan anaknya sendiri.

Alasan yang diberikan kenapa menggunakan cara ini ialah tidak mahu perempuannya terlewat untuk berkahwin.

Tapi sayang, ianya terpaksa dibatalkan kerana lebih dari 10,000 orang mahu mencuba nasib sebaik sahaja beliau memuatnaik status di laman facebook. Tidak menyangka mendapat sambutan luar biasa.
 

“Saya sudah tidak mampu untuk melayan deringan telefon bimbit setiap saat. Wahai ‘bakal menantu’ berhenti hubungi saya, biarkan saya berehat”

Namun dalam pada itu, ada seorang calon yang mendapat likes tertinggi di ruangan komen status berkenaan. Beliau adalah Premyosapon Khongsai (28) yang turut menyertakan gambar dirinya.

“Saya benar-benar berminat. Keluarga saya juga menanam dan mempunyai lebih dari 300 pokok durian di daerah Trat”

“Saya sudah terbiasa dengan panasnya matahari atau basahnya hujan. Saya juga boleh memandu trak 10 tayar dan traktor. Tolong pertimbangkan diri saya ya ayah Anont.”

Anont juga telah memberi maklum balas mengenai lelaki itu. Tulis Anont, Premyosapon Khongsai terlalu kacak. Anont risau jejaka berkenaan akan melukakan hati anaknya, Kanjasita Rotthong.

Sumber : Channel News Asia.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Nov 2024

Sambut Ulang Tahun Jemyma Yang Ke-10, Fasha Sandha Mengaku Wajib Ambil Cuti Celebrate Hari Lahir Anak

Menurut Fasha, dia dan suami wajib mengambil cuti untuk sambut hari lahir anak-anaknya. Tiada kompromi.

Trending Sat, 2 Jun 2018

Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Nasib Tak Baik, Peminat Tegar England Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Trending Wed, 7 Jul 2021
Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Featured Wed, 10 Jul 2024
Trending Mon, 8 Mar 2021
error: Content is protected !!