Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 2, 2025 @ 9:45pm

4U2C Tuntut Permohonan Maaf 24 Jam, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Isu Hak Cipta – “Kenapa Agresif Sangat Nak Hentam, Tutup Periuk Nasi Kami”

Kumpulan hip hop legenda tanah air, 4U2C menerusi peguam mereka Carlos Mak Chuen Yuan, menuntut permohonan maaf terbuka daripada beberapa individu yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan palsu dan bersifat fitnah sehingga menjejaskan reputasi kumpulan serta perjalanan konsert mereka yang akan datang.

Menurut Carlos, segala lesen dan permit bagi penganjuran konsert WE 4U2C Live in Concert pada 15 September 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya telah diperoleh secara sah dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

“Kami dapati terdapat pihak ketiga mengeluarkan kenyataan tidak benar menentang 4U2C baru-baru ini. Maka, kami menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada media dan orang awam dalam tempoh 24 jam. Jika gagal, tindakan undang-undang akan diambil,” tegas Carlos dalam satu sidang media khas hari ini.

 “Kami Tak Buat Salah, Semua Laluan Betul Sudah Diambil”

Vokalis kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal, menegaskan, pihaknya telah mematuhi semua peraturan berkaitan hak cipta, termasuk mendapatkan kelulusan daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).

“Di bawah Akta Hak Cipta 1987, mana-mana artis berhak membuat persembahan lagu-lagu yang berdaftar di bawah MACP tanpa perlu meminta izin pencipta lagu secara langsung,” katanya.

Tambah AC, dia  belum mengumumkan lagu-lagu yang akan dinyanyikan, justeru mendakwa isu ini diperbesar-besarkan tanpa asas yang kukuh.

“Permit dari MACP dah ada. Jadi kenapa perlu dipertikai? Kenapa sampai nak tutup periuk nasi kami?” soalnya.

Dakwaan bekas pengurus dipertikai

Susulan isu pertikaian penganjuran konsert 4U2C oleh dua individu, Man Senoi dan Mama Rap, baru-baru ini mendakwa bahawa hak cipta lagu-lagu popular 4U2C adalah milik mereka melalui syarikat Zman Production.

Bagaimanapun, anggota kumpulan, Azam, tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa majoriti lagu-lagu hit 4U2C sebenarnya merupakan hasil ciptaan ahli kumpulan sendiri.

“Saya ahli MACP sejak 1992. Lagu-lagu seperti Kami Rapper adalah ciptaan saya sendiri. Man Senoi hanya hasilkan tiga lagu dalam album pertama. Tapi sekarang nak dakwa semua lagu milik dia. Ini tak betul dan mengecewakan,” jelasya.

Konsert Tetap Diteruskan 15 September Ini

Walaupun dihimpit kontroversi, AC menegaskan konsert WE 4U2C Live in Concert tetap akan diteruskan seperti yang dijadualkan dengan sokongan penuh pihak penganjur.

“Kami bukan nak bersaing dengan sesiapa. Kami cuma mahu menghiburkan peminat yang merindui 4U2C. Tak patut isu macam ini timbul menjelang konsert,”ujarnya.

Selain AC dan Azam, 4U2C turut dianggotai oleh Aren, Yanz, Rinz, Lanz dan Charlie, yang bakal bergabung semula dalam konsert tersebut selepas sekian lama menyepi dari pentas hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah Kami Tuntut Hak” – Komposer & Penerbit Nafi Ambil Kesempatan Pada 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Macam Adik Beradik, Tak Ada Konflik Langsung” – AC Mizal Perjelas Punca Perpecahan Kumpulan 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN:4U2C Kembali Dengan Konsert Hip Hop, Angkat Tema ‘Bringin Back Da 90’s Flava’

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sun, 17 Apr 2022

Suki Low Kembali Dengan Single Terbaharu, Nelangsa

Lagu OST filem pertama buat Suki Low

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Super Junior Makes Their Comeback With Repackaged Album On April!

The Kings of Hallyu, Super Junior, is back with their repackaged album Replay!

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Fuhhhh bahasa dia 🥵🥵 Dengar cerita IG & Twitter Kakak Ira Kazar dah ‘hilang’?? 🤪🤭

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Tembam Dan Bertudung Bukan Halangan Jadi Ratu Cantik England!

Walupun kurang yakin dengan bentuk fizikal berisi dan berhijab, Maria Mahmood nekad menghantar penyertaan selepas dimaklumkan pihak penganjur bahawa peringkat tersebut tiada pusingan memakai pakaian renang dan halangan saiz badan.

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

‘PDRM, Jawab Soalan Saya’ – Eizlan Yusof Naik Angin?

Sebelum mengeluarkan kenyataan atau fakta, mereka mestilah membuat siasatan menyeluruh.

Trending Thu, 14 Jun 2018

The Watches Seized from Pavilion Residences Cost RM80 Million!

Many of us can’t even earn RM1 million in a year.

Hiburan Sat, 26 Apr 2025

Dikritik Berisi, Amira Othman Pertahankan Fattah Amin – “Nanti Dia Tak Nak Makan…”

Amira Othman risau Fattah Amin tak makan lepas dikritik berisi

Featured Tue, 9 Sep 2025
error: Content is protected !!