Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2025 @ 10:51pm

4U2C Kembali Dengan Konsert Hip Hop, Angkat Tema ‘Bringin Back Da 90’s Flava’

Fenomen konsert Gen KRU kembali menggegar apabila kumpulan hip hop ikonik 90-an, 4U2C kembali mengubat kerinduan peminat setia selepas hampir 30 tahun menyepi dengan konsert istimewa bertajuk WE 4U2C, yang dijadual berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Mengangkat tema “Bringin’ Back Da 90’s Flava”, konsert anjuran Juss Event itu bakal menjadi medan untuk para peminat mengimbau zaman kegemilangan muzik era 90-an bersama tujuh anggota asal kumpulan iaitu,  AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

Menurut Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, idea konsert ini sebenarnya dicetuskan oleh isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum direalisasikan menerusi kerjasama dengan penganjur Juss Event Sdn Bhd.

“Sudah lama saya impikan konsert ini. Idea asal datang daripada isteri saya dan saya sangat bersyukur apabila Juss Event tampil memberikan tawaran yang tepat pada waktunya.

“Saya dan ahli kumpulan lain berjanji akan memberikan persembahan terbaik sebagai penghargaan kepada para peminat yang hadir,” katanya.

Perkara itu dikongsi Kumpulan 4U2C pada sidang media konsert yang berlangsung di sebuah hotel di Bukit Bintang hari ini.

Manakala, selaku vokalis utama kumpulan ini, AC turut mengakui kejayaan konsert KRU pada Mei lalu menjadi pencetus semangat untuk mereka kembali semula ke pentas demi peminat.

“Kami berterima kasih kepada KRU kerana membuka jalan untuk kumpulan era 90-an kembali membuat persembahan berskala besar. Kini, giliran kami pula berkongsi kenangan manis bersama peminat dan keluarga,” jelasnya.

Lebih menarik, konsert ini turut menjadi titik permulaan kepada usaha 4U2C untuk kembali aktif dalam industri seni tanah air.

“Kami mahu menjadi pelopor dengan menghidupkan semula kegemilangan dahulu.

“Dulu kami tampil berani dengan gaya menyanyi sambil menari dan untuk konsert ini, kami akan terus kekalkan elemen itu.

“Kami percaya artis Malaysia juga punya kualiti tersendiri dan mampu menghibur secara menyeluruh, bukan sekadar menyanyi sahaja,” ulasnya.

Menambah nilai kepada produksi, konsert WE 4U2C bakal diketuai oleh komposer tersohor, Aubrey Suwito selaku pengarah muzik, dengan sokongan 14 pemuzik profesional yang berpengalaman luas dalam industri.

Sebagai kejutan buat peminat, 4U2C juga akan mempersembahkan tiga single baharu yang akan di pentaskan buat pertama kali pada malam konsert.

Sekadar info, tiket konsert dijual bermula 30 Jun ini menerusi platform Ticket Empire dan Fantopia, dengan harga bermula RM155 hingga RM555.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Aug 2018

Lelaki Berlagak Pondan Bakal Kena Denda RM 1000

Lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985.

Featured Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Terbaik Pejuang Islam Al-Quds..” – Akibat Dedah Aurat Paha, Segmen ‘What Is On The News Today?’ Kini Makan Diri Caprice?

Sesuai dengan peribahasa ‘Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih’ ke ni gais? 🤔🤔🤭

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

网红Reiiko陈舒颐苦尽甘来!获颁亚洲网红大奖

网红Reiiko陈舒颐经营社交平台六年,苦尽甘来获颁「亚洲网红大奖」备受肯定!

Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Lenyap Dari Industri Seni Tanpa Jejak, Di Mana Azar Azmi?

Di mana pun dia berada, semoga Azar baik-baik selalu

Hiburan Mon, 5 Feb 2024
Featured Wed, 22 Apr 2020
Trending Sun, 5 Jul 2020
Trending Mon, 20 Jan 2025
error: Content is protected !!