Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2025 @ 4:38pm

Malique Ibrahim Sorot Perhatian Ramai, Sempat Muat Naik Foto Hadir Di Konsert GenKRU – “It’s Been A While”

Komposer dan penyanyi rap tersohor, Malique atau lebih dikenali dengan panggilan Mr.General ini sekali lagi menyorot perhatian peminat apabila memuat naik beberapa foto memperlihatkan suasana Konsert GenKRU The Finale: One More Time di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Perkongsian yang dibuat itu sekaligus menimbulkan persoalan, sama ada figura itu hadir menyaksikan konsert atau sekadar memberikan tanda sokongan terhadap kumpulan KRU.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malique Ibrahim (@maliqueibrahimqarma)

Mengulas mengenai perkara itu, penganjur konsert, Icon Entertainment, Iman Tang  berkata, Malique sebelum ini ada menyuarakan hasratnya untuk hadir ke konsert GenKRU The Finale: One More Time yang diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.

“Saya cuma beritahu dia sekiranya nak datang tak perlu beritahu saya. Sebab nanti, kalau saya tahu dia datang, saya mesti akan pergi dekat dia dan nanti semua tak privasi.

“Memang saya ada berikan dia tiket konsert tapi pada masa tu dia tak kata pun sama ada dia nak datang atau tidak. Tapi saya ada maklumkan ia terpulang kepada dirinya.

“Lagipun, sebelum ini dia ada bagitahu saya, dia teringin pergi konsert dan tak keluar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Iman turut mengesahkan, akaun milik penyanyi rap dan komposer terkenal itu diuruskan sendiri oleh Malique.

“Kita faham hidup Malique sangat privasi, jadi, kita hormat pendirian dia.

“Tapi sebenarnya, banyak perkara yang boleh dirancang untuk kerjaya seninya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Suasana Pentas Konsert GenKRU The Finale Bertukar Pilu, Norman Dedah Bapa Dalam Keadaan Kritikal

ARTIKEL BERKAITAN:Dari Axiata ke Stadium Hoki, Konsert KRU The Finale November Ini Bakal Jadi Persembahan Paling Epik!

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Hospital Bahagia… Netizen Spekukasi Zizi Kirana, Malique Ibrahim Jalin Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman?

ARTIKEL BERKAITAN:Malique Muat Naik Foto Hospital Bahagia, Netizen Mulai Buat Spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN:“Banyak Momen Hebat Berlaku Sepanjang Proses…” – Duet Bersama Malique, Yonnyboii Anggap Mimpi Jadi Kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Terbuka Berkolaborasi Bersama, Joe Flizzow Sanggup Terima Bayaran Rendah Kembali Kongsi Pentas Bersama Malique – “RM1 Pun Saya Buat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 May 2023
Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Agaknya Kenapa Marsha Sebak Ketika Pelancaran Lagu Bimbang?

Bila dengar lagu Bimbangterus Min boleh imagine mesti drama Nur 2 ni lagi kontroversi

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

UQASHA POST GAMBAR EDIT, MOTIF?

Uqasha sekali lagi dikecam kerana dikatakan telah mengedit gambarnya sebelum memuat naik di laman instagram beliau.

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Radhi OAG Sertai Tabligh

Rumah tangga yang dibina kali kedua hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja, penyanyi kumpulan OAG, Radhi mengaku sukar berdepan dengan perceraian dan hampir kemurungan selepas perpisahan tersebut. Menurut Radhi, perceraian tersebut memberi kesan besar dalam dirinya […]

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Tawaran Menyanyi Tak Macam Dulu, Zahid Cuba Buat Pelbagai Kerja

Dalam perkembangan lain, Zahid kini tampil sebagai penyanyi kumpulan Overall Band. Jangan putus semangat okay?

error: Content is protected !!