Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 24, 2018 @ 1:33pm

Debaran Kini Bermula, Siapa Bintang Paling Popular 2018?

Tiada had, tiada sempadan, itulah tema bagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) untuk kali ke 31.

Menggunakan tema infiniti pada tahun ini, Pengarah Eksekutif BH merangkap Penaung ABPBH 31, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman memberitahu pemilihan tema ini selaras dengan pencapaian rekod cemerlang dan sejarah BH sebagai pembekal kandungan utama pilihan pembaca sejak 61 tahun lalu.

 “Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan evolusi BH selaku akhbar yang sentiasa menambah baik dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform sama ada bercetak mahupun digital termasuk menerusi laman web dan mobile serta media sosial.

“Diharap tema ini dapat diserapkan dalam semua aktiviti, promosi dan publisiti ABPBH 31 sekali gus membuka minda setiap daripada kita dalam mencari kecemerlangan tanpa batasan, baik dalam aspek berkarya, kerjaya atau komersial.

“Penggiat seni, artis mahu pun karyawan juga boleh mempraktikkan takrifan istilah infiniti dalam meningkatkan pencapaian, mutu produk dan perjuangan seni,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

ABPBH 31 turut mengumumkan penaja utama bagi acara berprestij ini iaitu Alha Alfa yang juga produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd.

Untuk musim lalu, ABPBH 3.0 yang disiarkan secara langsung di TV3 mencatat jumlah tontonan tertinggi 5.5 juta sekali gus menunjukkan acara anugerah ini terus menjadi pilihan ramai.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa ABPBH 31 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, berkata ABPBH mahu sentiasa relevan termasuk dalam mengoptimumkan penggunaan platform digital sesuai dengan perkembangan.

“Proses undian yang dilakukan sepenuhnya melalui laman web www.abpbh.com.my serta perkongsian maklumat dengan kumpulan sasar menerusi laman sosial menjadi antara langkah drastik bagi memastikan capaian tinggi untuk penganjuran ABPBH kali ini,” katanya.

Turut diumumkan malam kemuncak ABPBH 31 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan, jam 9 malam.

Lokasi rasmi acara kemuncak ditaja PICC manakala Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) adalah penyiar televisyen (TV) rasmi. Selain itu, Kool FM dan Hot FM menjadi stesen radio rasmi; Tonton (platform digital rasmi) serta Hijab & Heels (media digital rasmi).

Jika pelakon Fattah Amin berjaya membawa pulang trofi Bintang Paling Popular 2017, agaknya siapa yang bakal merampas gelaran itu untuk tahun ini ya? Jangan lupa undi artis kegemaran anda dengan melayari www.abpbh.com.my mulai esok hingga 25 September depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

JONGHYUN IS ‘SHININ’ IN POSTHUMOUS ALBUM ‘POET | ARTIST’

The last album by SHINee’s Jonghyun has been revealed and ‘Shinin’ MV is out today! Click in to view more info!

Featured Wed, 2 Nov 2022
Selebriti Wed, 1 Nov 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Fri, 14 Nov 2025

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Tudung Milik Fazura

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus yang difailkan Obor Holding Sdn Bhd terhadap Pink Fate Sdn Bhd.

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Wanita Sekuat Mana Pun Akan Lembut Bila Dilayan Dengan Kasih Sayang” – Fazura

Menurut Fazura lagi, wanita walau sekuat mana sekalipun akan menghargai lelaki yang memiliki sifat tenang, penyayang dan sentiasa menjadi pendengar yang baik.

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

赴中国年度盛典领殊荣!玛莎以「最具潜力新人」姿态进军中国

继茜拉成第二位受王炳智力捧的马来歌手,玛莎以「最具潜力新人」姿态 强势进军中国 。

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!