Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2024 @ 4:23pm

Malaysia Berdiri Teguh Bersama Rakyat Palest*n… Saksikan Slot Istimewa Buletin Utama TV3 Malam Ini!

Saksikan slot istimewa Buletin Utama TV3 malam ini, 25 Mei 2024 pada pukul 8.00 malam! TV3 dengan bangganya mengumumkan bahawa slot Buletin Utama di TV3 hari ini akan memberi tumpuan khas kepada usaha Malaysia dalam berdiri teguh bersama nasib rakyat Palestin.

Dalam laporan eksklusif ini, TV3 akan mengetengahkan pendirian tegas Malaysia yang tidak tunduk kepada propaganda Barat. Dalam usaha memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif diplomatik dan kemanusiaan yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Slot berita khas ini memperlihatkan komitmen negara kita dalam menyokong Palestin, termasuk bantuan kemanusiaan dan sokongan diplomatik yang tidak berbelah bahagi. Menerusi laporan eksklusif malam ini, Buletin Utama juga akan mendapatkan pandangan dari penganalisis yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan mutakhir di Palestin terutama kekejaman rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lepas. Pakar-pakar ini akan menyentuh ketegasan pemimpin-pemimpin negara yang membantah kekejaman berterusan tentera rejim hingga menyebabkan rakyat Palestin terus menderita.

TV3 percaya kepada kepentingan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik yang berterusan dan komited untuk meningkatkan kesedaran serta mempromosikan pemahaman melalui platform kami. ‘TV3 dan Tonton Prihatin’ terhadap situasi yang berlaku di Palestin dan berusaha untuk memberi sokongan padu kepada mereka yang memerlukan.

Dalam usaha menghibur, TV3 turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

Media Prima Teguh Berdiri Bersama Palestin! Hulurkan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima melalui kotak tabung yang disediakan atau salurkan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331.

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.
#MediaPrimaBersamamuPalestin #InspirasiGenerasi

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan laporan khas ini menerusi slot Buletin Utama pada pukul 8.00 malam ini. TV3 komited untuk membawa berita yang tepat, berani dan memberi suara kepada mereka yang tidak didengari. Dengan laporan ini, TV3 berharap untuk meningkatkan kesedaran dan menyemarakkan semangat solidariti terhadap rakyat Palestin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Wed, 23 Jan 2019
Trending Thu, 27 Dec 2018

OMG! Pantai Samila Bergegar Terkena Bom

Alhamdulillah…tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Hiburan Tue, 30 Jul 2024
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Sat, 28 Feb 2026

“Perbuatan Yang Disengajakan Tak Layak Dimaafkan, Memaafkan Itu kerja Tuhan” – Izara Aishah

Pelakon Izara Aishah lantang menyuarakan pendapatnya berhubung isu sensitif melibatkan tindakan individu yang sengaja memijak al-Quran baru-baru ini.

Selebriti Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Betul Ke Suara Ain Edruce Aneh Dan Menjengkelkan?

Ain Edruce mengakui sebagai orang baharu dalam industri, pastinya beliau sendiri akan berasa bimbang terhadap maklum balas peminat terhadap dirinya apabila mereka menonton dikaca TV

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

“Terima Kasih Banyak Berkorban” – Azizulhasni Awang Titip Ucapan Menyentuh Jiwa Buat Isteri Tercinta

Azizulhasni, 38, tidak menafikan segala pencapaiannya turut didorong oleh pengorbanan besar isterinya yang sentiasa setia di sisi

error: Content is protected !!