Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 30, 2024 @ 12:11pm

“Ambillah Kesempatan Selagi Boleh” – 9 Tahun Adira Suhaimi Berdiam Diri, Tak Melawan… Status Terkini Cetus Tanda Tanya

Perkongsian terkini penyanyi, Adira Suhaimi mencetus persoalan ramai apabila dia seakan menyindir seseorang individu.

Menerusi muat naik di platform TikTok, Adira berkata dia tidak melawan dan hanya berdiam diri selama sembilan tahun.

“Kalau selama sembilan tahun Ami (panggilan Adira) boleh tak melawan, Ami boleh senyap… takkan sekarang ni tak boleh… fahamkan yang tahu je tahu,” tulisnya berserta tanda pagar #lali.

Sementara itu, pelantun lagu popular Ilusi ini turut memberi pesanan kepada individu tersebut untuk mengambil kesempatan selagi masanya ada.

“Ambillah kesempatan, selagi masih boleh. Ajak ramai-ramai,” sinisnya.

Adira Suhaimi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan kepada Adira untuk terus positif dan kuat semangat.

Dalam masa yang sama, Adira menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya pula menitipkan nasihat untuk terus berfikir positif.

“Percayalah, ketika kamu selalu berfikir positif, enjoy, dan selalu berprasangka baik. Maka hal baik akan lebih mudah datang kedalam hidupmu,” katanya berserta tanda pagar #bukanorangbaiktapibukanjugaorangjahat.

Adira Suhaimi

Bagaimanapun, Adira tidak menjelaskan maksud sebenar disebalik mesej tersiratnya itu di kedua-dua status tersebut.

Sebelum ini, bekas isteri pertama usahawan, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim memuat naik video mengemas pakaian-pakaian bekas suaminya meraih perhatian ramai.

Dalam pada itu, Datuk Red meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Adira pada Aidilfitri tahun hadapan.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Pertama Kongsi Video Kemas Baju Datuk Red, Netizen Komen – “Dia Yang Minta Cerai, Tapi Acah Tersakiti”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Suhaimi Buat Kejutan, Beli Kek Sambut Anniversary Adira Suhaimi & Datuk Red Dah 7 Hari Bercinta!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Adila Terkejut Disangka Mira Filzah

Good Luck Adila dengan single Pergi Biar Berlalu!

Featured Sat, 25 Oct 2025

Angkat Semula Kisah Ikonik AADC, Rangga & Cinta Tampil Dalam Versi Filem Muzikal

Puisi, lagu dan cinta kini bersatu di layar perak menerusi Rangga & Cinta iaitu sebuah filem muzikal arahan Riri Riza.

Featured Thu, 18 Dec 2025

Alami Sakit Pinggang Melampau, Nabila Huda Disahkan Slip Disc L5… Nekad Teruskan Show – “What To Do, I Love My Job”

Cemas dengan situasi tersebut, Abil mengambil keputusan menjalani pemeriksaan MRI.

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Featured Fri, 9 Jun 2023

“Pelakon Remaja Selalunya Akan Fikir Nak Bersaing” – Puteri Balqis

‘Kalau Bekerja ok, saya akan ok dengan mereka’ – Puteri Balqis

Trending Tue, 20 Mar 2018

Students Become Famous After English Video Project Goes Viral!

An English project suddenly became an international sensation.

Featured Tue, 24 Jun 2025

“Sajat Nak Pergi Umrah Atau Haji, Itu Hal Dia Dengan Allah” – Aliff Syukri

Aliff meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk Sajat.

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Cetus Fenomena Luar Biasa! Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Raih 4 Juta Penonton, 600 Juta Capaian Media Sosial

Saksikan minggu terakhir Doa Yang Terlindung setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3

error: Content is protected !!