Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2025 @ 4:53pm

“Sajat Nak Pergi Umrah Atau Haji, Itu Hal Dia Dengan Allah” – Aliff Syukri

Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri menasihatkan orang ramai agar tidak menghakimi tindakan pempengaruh sensasi, Sajat apabila memaklumkan dia mahu menunaikan umrah.

Katanya menerusi sepotong video pendek di TikTok, adalah lebih afdhal untuk Sajat tidak berkongsi mengenai ibadahnya di sana nanti.

“Dia nak pergi umrah ke nak pergi haji ke, itu hal dia dengan Allah.

”Kita sebagai seorang hambaNya jangan mudah menghukum

“Ingin saya nasihatkan, kalau dia pergi janganlah upload (media sosial) sebab kalau dia buat, akan ada orang yang senang dan ada juga orang yang tak senang dengannya.

“Apa yang dia nak pakai, apa yang dia nak buat, kita hanya mampu menasihati dia tetapi yang lebih afdhal keluarganya.

“Jangan hina atau mudah menghukum orang,” katanya.

Sajat sedih teringin balik Malaysia

Aliff juga memaklumkan, Sajat berasa sedih kerana  ingin pulang ke tanah air.

“Pada saya ramai lagi yang buat benda tak senonoh.

“Mungkin dia terlanjur dan tak mahu mengulang kesilapan. Bantulah dia untuk balik Malaysia,” jelasnya.

Sebelum ini, Sajat memaklumkan,  dia mahu berpakaian seperti seorang lelaki ketika menunaikan umrah kelak.

Difahamkan juga,  menerusi sesi siaran langsung di TikTok, dia kini sedang merancang untuk menunaikan umrah pada tahun depan.

-embed Tiktok-

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Apr 2018

Mat Moto Ini Hampir Digilis Lori Trailer Tapi Terselamat! Ini Tuah Atau Skil?

Penunggang motosikal yang menggelarkan dirinya sebagai Hammy Moto ni memang bertuah!

Hiburan Thu, 22 Aug 2024
Eat Travel Wed, 20 May 2020
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Sudah Mula Rasa Tak Sihat, Shaheizy Sam Akui Berat Badan Makin Bertambah

Gemuk tak salah, yang penting kesihatan perlu diutamakan okay!

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
error: Content is protected !!