Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 25, 2026 @ 5:32pm

“JN Sibuk Nak Nampak Paling Betul” – Baby Shima

Ketika isu melibatkan pelakon dan pengacara Janna Nick dengan pelakon remaja Puteri Balqis hangat diperkatakan, muncul pula satu perkongsian daripada artis lain yang mencuri perhatian.

Kali ini, penyanyi Baby Shima menerusi Threads memuat naik luahan yang mengimbau pengalaman pernah berdepan situasi kurang menyenangkan dengan seseorang berinisial ‘JN’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

“JN sibuk nak nampak paling betul pasal isu Aqish. Sama seperti dulu, sibuk bercakap pasal kita. Padahal, kita baik saja dengan dia,” tulisnya.

Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk komen bersifat gurauan dan sindiran. Ramai juga dilihat menekan tanda suka, sekali gus membuatkan hantaran berkenaan terus tular.

Untuk rekod, pada Oktober 2023, media pernah melaporkan mengenai tindakan Janna Nick yang meninggalkan komen di Instagram Baby Shima selepas penyanyi tersebut berkongsi video menggunakan filter ‘I Stand With Israel’.

ARTIKEL BERKAITAN: “This Is Not A Joke!” – Muat Naik Bendera Israel, Janna Nick ‘Sound’ Baby Shima

“Stop buat content macam ini. Ia bukan satu gurauan. Terima kasih,” tulis Janna.

Namun, menerusi hantaran penuh video tersebut, Baby Shima dilihat menumbuk dan memijak bendera Israel sebagai simbol protes terhadap rejim Zionis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Persis Bidadari, Fazura Makin Cantik Dalam Koleksi Busana Infinence

Dalam perkembangan lain, Fazura turut memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia.

Trending Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Fri, 27 Aug 2021

Kayda Aziz Bakal Lancar Muzik Video Bertemakan Merdeka

Penyanyi rap, Kayda Aziz bakal melancarkan muzik video baharu bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64. Mengetengahkan jalan cerita yang melibatkan penampilan usahawan tempatan, Kayda beroleh inspirasi selepas melihat usaha mereka dalam membangunkan ekonomi tanah air. […]

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

Tekanan Darah Cecah 170 Jadi Penyebab Ifa Raziah Pengsan… Ditahan Di Hospital Untuk Jalani Rawatan

Menurut suami Ifa Raziah, tekanan darah isterinya yang tinggi menjadi punca pengsan.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Rahsia Gelap, Cinta Diragut, Hidup Musnah! Elizad Tanggung Derita Dalam ‘Perempuan Tidak Ternikah’

Elizad Sharifuddin sebagai Keisya, seorang wanita yang terpaksa menelan pahit getir kehidupan

error: Content is protected !!