Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 16, 2025 @ 1:29pm

Rahsia Gelap, Cinta Diragut, Hidup Musnah! Elizad Tanggung Derita Dalam ‘Perempuan Tidak Ternikah’

Kehilangan cinta, penolakan keluarga dan rahsia silam yang terbongkar menjadi nadi utama drama terbaharu TV3, Perempuan Tidak Ternikah, yang bakal menggegarkan emosi penonton bermula 17 Disember ini.

Disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia, drama ini mempertaruhkan lakonan penuh jiwa Elizad Sharifuddin sebagai Keisya, seorang wanita yang terpaksa menelan pahit getir kehidupan apabila maruah dan kebahagiaannya diragut satu demi satu.

Dibesarkan oleh neneknya selepas ibu bapanya berpisah, Keisya membina harapan baharu bersama tunangnya, Adli lakonan Ali Reza. Namun, hidupnya terus diuji apabila ayah kandungnya, Malik (Kaza), muncul dengan niat yang meruntuhkan jiwa, selain menuntut wang sebagai syarat untuk menandatangani surat pengakuan pernikahan selepas terbongkar rahsia bahawa Keisya adalah anak luar nikah.

Demi cinta, Keisya dan Adli nekad bernikah di Siam, namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila Keisya kehilangan dua insan tersayang serentak neneknya meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala Adli maut dalam kemalangan jalan raya.

Lebih menyayat hati, Keisya yang sedang mengandung ditolak keluarga mentua, menyebabkan dirinya terjerumus dalam kemurungan dan hampir berputus asa untuk meneruskan hidup.

Nasib Keisya berubah apabila dia diselamatkan Rayyan lakonan Yusuf Bahrin, seorang lelaki yang membantunya bangkit dan memulakan hidup baharu di rumah kebajikan. Namun, luka lama dan trauma silam membuatkan Keisya menolak benih cinta yang hadir, memilih untuk melarikan diri daripada kebahagiaan yang ditawarkan.

Selain Elizad dan Yusuf Bahrin, drama ini turut dibintangi Shahz Jaszle, Raden Zaharatul, Sharifah Shahora, Gabriel Chung serta Ali Reza, yang menguatkan lagi konflik dan emosi penceritaan.

Perempuan Tidak Ternikah bukan sekadar mengangkat kisah cinta yang gagal, sebaliknya menyelami realiti pahit kehidupan wanita yang sering menjadi mangsa keadaan, penganiayaan serta keputusan orang lain, sekali gus menyentuh isu maruah dan trauma yang diwarisi.

Dengan penceritaan yang sarat emosi, konflik keluarga yang berat serta lakonan mantap barisan pelakon berpengalaman, drama ini dijangka meninggalkan kesan mendalam dan mencetuskan perbincangan dalam kalangan penonton.

Drama ini boleh disaksikan bermula 17 Disember 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3. Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal menerusi platform Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Feb 2019

Giliran Aisyah Aziz Pula Nyanyi Lagu Hael Husaini…

Penyanyi asal Singapura, Aisyah Aziz terus mengorak langkah dalam dunia nyanyian dengan single terbarunya berjudul ‘Bila Entah’. Berbekalkan pakej lengkap, penyanyi yang memiliki keunikan suara dan bakat serba boleh ini berpeluang menyanyikan karya ciptaan komposer […]

Featured Wed, 19 Feb 2025

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibunya menyifatkan pemergian Ashraf seperti baru berlaku semalam.

Trending Wed, 15 Nov 2017

懒惰运动又想要瘦?教你一招坐着就能燃烧脂肪的方法!

一直觉得自己肥胖,不过又懒惰运动的你,就让小编介绍你新妙招,那就是……

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Dakwaan Dah Kahwin, Tunang Justin Bieber Mula Bersuara

Penyanyi terkenal Justin Bieber dilaporkan sudah berkahwin dengan tunangnya yang merupakan seorang supermodel, Hailey Baldwin, baru- baru ini.

Trending Mon, 25 Feb 2019

Malaysia menjadi sasaran utama pedofil asing, ini cara anda untuk mengubahnya!

Sikap rakyat Malaysia sendiri adalah antara punca perkara ini berlarutan.

Featured Tue, 13 Jun 2023

“Tak Sangka Mereka Hebat Macam Ni!” – Netizen Puji Lakonan Mimi Lana & Siti Hariesa Dalam Drama Perempuan Itu

Terbaik lah Mimi Lana & Siti Hariesa! Kalau tak nangis tak sah ek tengok cerita ni😳😳😳

Trending Sat, 13 Jan 2018

Malaysia Lokasi Terbaik Untuk Bersara, Betul Ke??

Malaysia adalah lokasi ideal kerana iklim tropika dan menawarkan pilihan terbaik untuk pesara sama ada di tengah-tengah bandar atau di pekan kecil, yang kebanyakannya dikelilingi alam semula jadi atau pantai

error: Content is protected !!