Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Putri January 13, 2018 @ 3:26pm

Malaysia Lokasi Terbaik Untuk Bersara, Betul Ke??

Retirement Index baharu daripada International Living.com melaporkan, Malaysia mendahului carta sebagai pilihan lokasi paling ideal untuk bersara dalam kalangan negara Asia pada 2018.

Berdasarkan indeks terbaharu yang turut mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim oleh laman sesawang yang disebutkan, Malaysia menduduki tempat kelima secara global, manakala Costa Rica adalah destinasi pilihan utama untuk bersara di dunia.

Laman sesawang itu mendedahkan Malaysia adalah lokasi ideal kerana iklim tropika dan menawarkan pilihan terbaik untuk pesara sama ada di tengah-tengah bandar atau di pekan kecil, yang kebanyakannya dikelilingi alam semula jadi atau pantai. Ia juga mengambil kira bahawa pesara mampu tinggal selesa di sini dengan hanya US$2,500 (US$1 > RM3.97) sebulan dan jumlah itu sangat kecil berbanding kos hidup di negara Barat.

Selain itu, ia juga menyatakan bahawa pelancongan kesihatan adalah antara faktor pilihan kerana negara ini menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti pada harga berpatutan sementara pilihan restoran dan barangan runcit antarabangsa boleh dimiliki dengan mudah jika pesara tiba-tiba rasa rindu pada kampung halaman.

Selain itu, laman sesawang tersebut memuji program Malaysia Rumah Keduaku kerana pilihan visa persaraan dianggap sebagai antara pilihan terbaik di dunia dan ia memudahkan proses untuk pesara berpindah ke sini apabila ketika tahun persaraan mereka.

Indeks tahunan itu menyenaraikan 24 tempat perlindungan utama persaraan di seluruh dunia berdasarkan pada kriteria utama, iaitu persaraan yang gembira dan berjaya.

Selain Costa Rica dan Malaysia, destinasi lain yang turut disebutkan dalam senarai ialah Mexico di tempat kedua, diikuti Panama (ketiga), Ecuador (keempat), Colombia (keenam), Portugal (ketujuh), Nicaragua (kelapan), Sepanyol (kesembilan) dan Peru (ke-10).

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

Featured Tue, 15 Jun 2021

Pendedahan Eksklusif Di TV3 Malam Ini Bakal Mengejutkan Penonton

Setelah tular dokumentari eksklusif COVID : 19 yang dipaparkan di rancangan Majalah 3 bulan lalu, TV3 kembali lagi membawakan dua rancangan eksklusif yang membongkar realiti kehidupan dan kes jenayah yang berlaku di dalam negara. Dua […]

Featured Thu, 26 Aug 2021
Trending Wed, 24 Mar 2021
Hiburan Wed, 23 Apr 2025

Netizen Kritik Penampilan Seksi Daiyan Trisha – “Mengucap Banyak-Banyak”

Daiyan Trisha sekali lagi dikritik seksi, tak jaga aurat lepas balik Umrah

Featured Fri, 2 Dec 2022

Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Oh rupa-rupanya ini sebabnya. Wahh, ramai yang prihatin dan sayangkan Neelofa ❤️❤️

error: Content is protected !!