Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 26, 2021 @ 3:22pm

“Siapa Kenal Dia?”- TMJ Cari Penyanyi Lagu Parodi PKP

Mungkin nama Azman Naim atau lebih dikenali sebagai @azmannaim44mantra menerusi platform media sosial tidaklah sehebat penyanyi popular tanah air.

Namun, kehadirannya membawakan lagu-lagu parodi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu mencuri perhatian ramai pihak, termasuklah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim (TMJ) yang mencari Azman.

Menerusi hantaran di Instagram Story milik TMJ, pencarian tersebut dilakukan sebagai menyempurnakan titah ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang tertarik dengan video yang dimuat naik Azman sambil menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Frank Sinatra berjudul My Way dan ditukarkan kepada My Sejahtera Way.

Malah, TMJ juga turut memuji perkongsian Azman itu dengan disertai kapsyen ‘First Class’.

Menyedari tentang hal tersebut, @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, turut memberikan maklum balas dengan memuat naik semula video tersebut dengan tulisan ‘Menjunjung Kasih Tuanku’.

“Kalau dah sampai TMJ cari, memang rare lah bang…”

Rata-rata peminat dan followers beliau memberikan respon positif dan mengucapkan tahniah kerana menghiburkan ramai pihak walaupun bait-bait lirik lagu yang dihasilkan agak sarkastik namun diselitkan elemen gurauan.

Terbaharu, Azman juga dilihat memuat naik video lagu duetnya bersama penyanyi, Adibah Noor dengan membawakan lagu That’s Why You Go Away dari kumpulan Michael Learns To Rock.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Jun 2021

Bantuan Khas COVID-19 RM800 Buat B40 & RM250 Buat M40 Ogos Ini

Menerusi pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi (PEMULIH) yang disampaikan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini, kerajaan komited untuk terus membantu ekonomi rakyat. Menurut beliau, selain B40, golongan isi rumah dan […]

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Intan Najuwa Bengang Dengan Netizen!

Jaga tepi kain sendiri dah lah ye!

Hiburan Mon, 26 Aug 2024
Trending Thu, 7 Nov 2019

A 17-Year-Old Passed Away After Pulling an All-Nighter of Gaming Session

“I want my son’s death to be an example…” the father said.

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Syamsul Yusof- Puteri Sarah Bakal Dapat Anak Kedua

Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin terlalu awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga. Doakan ya!

error: Content is protected !!