Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 26, 2024 @ 2:58pm

Berang Difitnah, Uqasha Senrose ‘Londehkan’ Pembantu Peribadi  – “Masuk Bilik Sesuka Hati, Pakai Baju Tidur Orang”

Pelakon jelita, Uqasha Senrose tampil bersuara susulan tular laporan polis memetik namanya serta sepupu, Aprena Menrose didakwa telah memukul pembantu peribadinya.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story (IGs), Uqasha meluahkan rasa berang apabila dia difitnah sekali gus ‘melondehkan’ pembantu peribadinya yang gemar menjaja cerita mengenai masalah rumah tangga orang lain.

“Setelah beberapa orang buang awak kerja, saya ambil awak tanpa tanya history awak. Layan awak baik siap duduk rumah tidur, keluar masuk macam rumah sendiri.

“Tak shooting pun gaji bulanan tetap fix tapi kerana terlalu selesa ini balasan awak dekat orang? Fitnah dan aib yang awak cuba buat sekarang ni rasa berjaya,” tulisnya.

Uqasha Senrose

Mengulas lebih lanjut, Uqasha turut mendedahkan bukti perbualan mesej bersama pembantu peribadinya yang tidak beradab telah memasuki ruangan bilik tidur bersama suami, Kamal Adli

Lebih mengejutkan, pembantu peribadinya itu dikatakan pernah memakai pakaian tidur Uqasha.

Uqasha Senrose Uqasha Senrose

Di akhir perkongsian di Instagram, Uqasha mengakui kesal apabila difitnah sedemikian sehingga namanya tercalar.

Uqasha turut menegaskan pembantu peribadinya itu untuk menunjukkan bukti-bukti terhadap segala fitnah terhadapnya.

“Aku tak pernah claim diri aku baik, lembut, pijak semut tak mati ke apa. Itu pandangan korang dekat aku.

“Aku baik dengan orang yang baik dengan aku. Orang buat jahat dengan aku pun aku boleh diam lagi tapi sampai fitnah aku kaki pukul penumbuk semua itu I think that is too much,” katanya.

Uqasha Senrose

Sebelum ini, Uqasha dalam sebuah siaran langsung di TikTok menafikan dakwaan dia adalah artis wanita yang dimaksudkan itu.

Artikel Berkaitan: “Rentap Tudung, Meludah” – Laporan Polis Tular, Uqasha Senrose & Aprena Manrose Didakwa Pukul Pembantu Peribadi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Aug 2024
Trending Thu, 3 Jan 2019

Kenapa NASA Tarik Balik Kenyataan Tentang Ancaman NT7?

NASA sebelum ini meramalkan sebuah Asteroid gergasi bakal menghentam bumi pada 2019.

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Tue, 24 Dec 2024

CSOIAM: Trending No 1 Di Aplikasi X, Hashtag #OIAM Terus Kuasai Media Sosial & Layar Kaca

Hashtag #OIAM melakar kejayaan luar biasa apabila menduduki tangga trending nombor satu di platform X dengan lebih 700 juta capaian di media sosial.

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Age Beautifully and Healthily with Anti-Ageing Recommendations

Gotta look good to keep up with the flow!

error: Content is protected !!