Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 14, 2022 @ 2:05pm

“Saya Mohon Maaf, Apa Yang Berlaku Padanya Adalah Tangisan Minta Bantuan”- Syed Saddiq Anggap Yasin Adalah Pesakit Bukan Penjenayah!

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mempertahankan Yasin Sulaiman dalam memperjuangkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

Justeru itu, Syed Saddiq mengambil inisiatif untuk bertemu keluarga pelantun lagu Mimpi Laila itu pada Rabu.

Tegasnya, tindakan mempertahankan Yasin atau nama sebenarnya Mohamad Yasin Sulaiman, 47, yang berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja adalah sebagai suara bukan sahaja untuk penyanyi itu tetapi, untuk orang lain yang menggunakan kanabis sebagai rawatan alternatif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Takut Akan ‘Crack’ Lagi Sekali…” – Keluarga Rayu Rawatan Buat Yasin Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Ganja: Kirim Salam Pada Syed Saddiq, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Menyifatkan tragedi yang menimpa Yasin sebagai tangisan meminta bantuan, Syed Saddiq turut memohon maaf dan mengakui terlepas pandang terhadap hantaran yang dibuat oleh Yasin kepadanya pada Oktober 2021.

“Apa yang berlaku kepadanya adalah tangisan meminta bantuan, bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk orang lain yang sudah lama menderita dan memerlukan kanabis untuk tujuan rawatan.

“Tadi saya sempat berjumpa dengan keluarga Yasin. Saya mohon maaf kepada saudara Yasin sebab terlepas pandang hantarannya pada Oktober lepas.

“Tiada mak ayah yang nak tengok anak mereka sakit dan masuk penjara sebab cari rawatan. Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak,” katanya.

“Ini soal hidup dan mati. Pesakit bukan penjenayah!”

Memetik laporan Kosmo, Syed Saddiq juga mengakui terdapat ramai lagi ibu bapa di luar sana yang terpaksa membeli phytocannabinoid CBD (cannabidiol) atau minyak CBD dari luar negara demi merawat anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, mungkin ramai lagi ‘Yasin’ yang telah dijatuhi hukuman dan tidak mendapat rawatan sepatutnya disebabkan isu sebegini.

“Mereka semua memerlukan ubat yang terbaik untuk kesihatan mereka. Ini persoalan antara hidup dan mati.

“Undang-undang pengharaman perubatan kanabis dah lapuk. WHO sendiri dah keluarkan kanabis dari senarai narkotik.

“Realitinya, apabila cakap mengenai rokok, rokok membunuh lapan juta orang setiap tahun, di Malaysia sahaja 27,000. Alkohol pula tiga juta kematian setiap tahun.

“Tapi apabila bercakap hal kanabis untuk perubatan, tiba-tiba ia menjadi satu ‘taboo’ dan tindakan hukuman undang-undang dikenakan. Ingat, pesakit bukan penjenayah!,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Syed Saddiq turut menyertakan status yang dibuat oleh Yasin bertarikh 14 Oktober 2021 yang bersetuju dengan tindakan ahli parlimen Muar itu terhadap penggunaan kanabis dalam perubatan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila-Bila Masa Saya Boleh Jadi Gila” – Hidap Bipolar Serius, Yasin Sulaiman Merayu Diberi Peluang Untuk…

ARTIKEL BERKAITAN:Yasin Sulaiman Cetuskan Isu Perlunya Kajian Terhadap Penggunaan Ganja Dalam Perubatan, KKM Sedia Bantu

ARTIKEL BERKAITAN:“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

ARTIKEL BERKAITAN:Syed Saddiq Jawab Salam Yasin Sulaiman – “Bukan Satu Tugas Mudah, Tapi..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023
Cahaya Mata Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam […]

Trending Wed, 18 Sep 2019

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Kurangkan akitiviti diluar dan pastikan selalu berhati-hati kerana masih lagi berkeliaran.

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Nadia Brian Mohon Maaf Dengan Netizen

Nadia Brian Maaf pada siapa tu?

Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

Hiburan Thu, 28 Nov 2024

“Jangan Tegur Pelakon Baharu Sampai Memalukan Mereka” – Liza Abdullah

Liza Abdullah berpendapat pelakon senior perlu jaga air muka pendatang baru

Hiburan Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

Berhati-hati lah kalau bercuti dengan agen pelancongan ni..

Featured Sun, 20 Apr 2025

“Sejak Cerai, Makan Pakai Semua Tak Peduli.. Dari Tak Berduit Sampai Dah Kaya” – Abby Abadi Sedih, Norman Hakim ‘Lepas Tangan’ Isu Anak

Kemelut rumah tangga anaknya masih belum selesai, pelakon Abby Abadi bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya.

error: Content is protected !!