Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 5, 2023 @ 6:00pm

“Aku Bersumpah Takkan Ada Lagi Kelahiran Zuriat Lelaki Dalam Keluarga Kau!” – Mental Diseksa,  Bekas Menantu Zainal Abidin Persoal Motif Bekas Suami Pisahkan Anak-Anak

‘Kalau melalui pesanan mesej, call pun tak faham bahasa untuk berhenti provoke, media sosial sahaja jawapannya’.

Demikian respons bekas menantu jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan selepas anak lelakinya, Zaiza Zainal Abidin bertindak menyiksa mental Suzur Sofia dengan menyekat wanita itu untuk berjumpa dengan anaknya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sofia mendedahkan bahawa bekas suaminya itu berjaya memisahkan dia dan anaknya.

Malah, dia juga mempersoalkan apakah motif Zaiza bertindak sedemikian sehingga anak-anaknya tidak lagi mengenalinya.

“Kenapa boleh hantar gambar, video, hantar gambar anak tak sihat? Tapi bila saya nak jumpa dan call, awak tak angkat? Apa motif? Awak berjaya sebab anak saya dah lupakan saya, bila ditanya, dia tak kenal.

“Itu yang korang nak kan? Memang sengaja kan? Kenapa mulakan? Bila awak dah mulakan dan saya lama diam, saya kena diam? Awak nak siksa mental kenapa? Lepastu mengadu dekat orang tua bila tak boleh hadap,” katanya.

Meskipun sudah bersabar dengan tindakan bekas suaminya, Sofia bagaimanapun mendoakan, agar segala perbuatan yang dilakukan Zaiza akan dibalas dengan setimpal termasuklah mendoakan tidak akan ada lagi kelahiran zuriat lelaki dalam keluarga tersebut.

“Ingatlah, setiap kaum hawa dalam keluarga kau akan lalui apa yang aku lalui. Dan aku bersumpah, tidak akan ada laki-laki lagi dalam keluarga dan saudara kau.

“Setiap kelahiran tidak akan ada laki-laki. Setiap kelahiran adalah perempuan, sama-sama merasa apa yang aku rasa. Dari anak-anak aku diambil, bermula disitu. Apa sudah berlaku atau terjadi yang aku minta? #Kunfayakun.

“Kepada semua disini yang cerita pasal aib, ketahui apa itu aib dan kenapa dan bagaimana,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sofia turut menitipkan doa dan berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokong dan mendoakannya.

“Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada mereka yang mendoakan baik-baik. Ingat satu sahaja, yang paling berkuasa ialah Allah SWT,” ujarnya.

@sofiasmeth Kalau melalui pesanan mesej, call pun tak faham bahasa untuk berhenti provoke, media sosial saja jawapan. Kenapa boleh hantar gambar, video, hantar gambar anak tak sihat? Tapi bila saya nak jumpa dan call, awak tak angkat? Apa motif? Awak berjaya sebab anak saya dah lupakan saya, bila ditanya, dia tak kenal. Itu yang korang nak kan?memang sengaja kan? Kenapa mulakan? Bila awak dah mulakan dan saya lama diam, saya kena diam? Awak nak siksa mental kenapa? Lepastu mengadu kat org tua bila tak boleh hadap. Ingatlah, setiap kaum hawa dalam keluarga kau akan lalui apa yang aku lalui. Dan aku bersumpah, tidak akan ada laki2 lagi dalam keluarga dan sedara kau. Setiap kelahiran tidak akan ada laki2. Setiap kelahiran adalah perempuan, sama2 merasa apa yang aku rasa. Dari anak2 aku diambil, bermula disitu. Apa sudah berlaku atau terjadi yang aku minta? #KunFayaKun ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

 

Pada 14 Jun lalu, Sofia dan Zaiza sah bercerai dengan talak satu selepas enam bulan bergelut dengan konflik rumah tangganya.

Menurutnya, keputusan diambil demi masa depan anak-anaknya.

“We both have tried our best. Berdamai dan berbaik demi masa depan anak-anak. Tanggungjawab itu sangat penting.

“Saya tak pernah berdendam atau nak bermusuh kerana dia tetap ayah kepada anak-anak. Cuma minta kerjasama pada masa akan datang. Terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Orang Idam Rumah Tangga Bahagia” – Sah Cerai Talak Satu, Bekas Menantu Zainal Abidin Enggan Bermusuh Dengan Bekas Suami Demi Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah Gila Talak!” – Dakwa Belum ‘Move On’, Suzur Sofia Dedah Masih Diganggu Anak Zainal Abidin Hassan… Siap Ada Akaun Palsu?

ARTIKEL BERKAITAN: Dihina & Dicaci Bekas Suami, Menantu Zainal Abidin Dakwa Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Wed, 7 Nov 2018

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Jurusolek peribadi dedah rahsia penjagaan kulit Kate Middleton.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019

‘Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak…’- Anzalna Nasir

Insya-Allah masanya akan tiba…

Hiburan Tue, 24 Jan 2023
Trending Wed, 22 Jun 2022

“Saya Dalam Proses Selesaikan Masalah Rumah Tangga” – Syamsul Yusof Bakal Dedah Perkara Sebenar

Syamsul bakal mendedahkan perkara sebenar, mahu selesaikan kemelut rumah tangga.

Hiburan Sun, 28 Jul 2019

Raysha Rizrose Bosan Jadi Baik?

Bawak banyak bersabar Raysha

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Tercalon dalam empat kategori malam ini, good luck Nana! Kalau ada rezeki, Insya Allah tak ke mana ya!

Trending Tue, 27 Apr 2021

Adik Dijangkiti Covid-19, Nadia Annuar Dedah Bagaimana Dia Menghadapi Stigma Masyarakat Dalam Bersoal Dengan Lipton

Pengacara Nadia Annuar berkongsi bagaimana cara dia menghadapi stigma masyarakat ketika adiknya, Harris Annuar disahkan positif Covid-19. Menceritakan perkara terbabit kepada hos Fiza Frizzy, Nadia meluahkan isi hatinya dalam program Bersoal Dengan Lipton. Kekal positif, […]

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

“Tak Suka, Tolak Saja… Tak Perlu Heboh Di Media Sosial” – Dafi Pesan Hargai Rezeki Sendiri

Dafi menganggap isu bayaran dan gaji tidak wajar dijadikan bahan umum

error: Content is protected !!