Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 24, 2023 @ 7:21pm

Isu Pertelingkahan Di Restoran: “Adik Saya Enggan Beri Komen” – Ayda Jebat

“Saya mohon maaf, adik saya enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus dijaga. Atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas.”

Demikian pendirian penyanyi Ayda Jebat yang tak mahu memberi komen lanjut ekoran insiden pertelingkahan yang berlaku melibatkan adiknya, Fyna Jebat pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya iaitu isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Pertama & Kedua Bekas Jurulatih Liga Super Didakwa ‘Berbalah’ Di Restoran?

ARTIKEL BERKAITAN:“Berlaku Adegan Tarik Rambut” – Selepas Siasatan, Punca Pergaduhan Dua Isteri Jurulatih Bola Sepak Disebabkan…

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Menghargai semua pihak yang mengambil berat, Ayda memohon agar orang ramai memahami situasi yang sedang dialami Fyna.

“Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak,” katanya kepada XTRA.

Ayda juga memohon doa agar perjalanan mereka di program Famili Duo dipermudahkan.

“Buat masa sekarang, fokus kami hanya dalam program Famili Duo. Saya mohon doa peminat agar semua urusan dipermudahkan,” katanya.

Ayda dan Fyna kini mengungguli carta keseluruhan Famili Duo dengan kutipan markah sebanyak 363.3 mata.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.
Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Nov 2021

“Saya Tertipu & Mahu Menceraikannya” – Suami Ceraikan Isteri Selepas Melihat Wajahnya Tanpa Solekan

Seorang lelaki di Mesir telah memfailkan saman di mahkamah untuk menceraikan isterinya yang baru berkahwin selama sebulan selepas melihat wanita itu tanpa solekan. Menurut laporan Gulf News, suami tersebut kelihatan terkejut selepas melihat wajah isterinya […]

Featured Wed, 26 Nov 2025

“Takut Dah Terlalu Sedap Kritik Orang, Lupa Nak Tengok Diri Sendiri”- Erma Fatima

Erma Fatima tampil meluahkan keinginannya untuk kembali aktif menghasilkan karya, selain mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada kecenderungan mengkritik hasil kerja orang lain.

Trending Thu, 11 Mar 2021

Tony Eusoff Geram Netizen Anggap Tuala Wanita Memalukan

Haish, tuala wanita kan benda paling common sense

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Setahun Lebih ‘Cuti’, Mawar Rashid Siap Sedia Untuk…

Terdahulu, Mawar pernah membintangi drama antaranya Kalis Kasih, Raisha 2, Aurora Aisyah dan banyak lagi. 

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
error: Content is protected !!