Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 28, 2024 @ 6:18pm

“Jangan Tegur Pelakon Baharu Sampai Memalukan Mereka” – Liza Abdullah

“Menegur dan memalukan adalah perkara berbeza,” demikian respons pelakon, Liza Abdullah yang berpendapat bahawa pelakon senior perlu menjaga ‘maruah’ pelakon baharu di set penggambaran.

Ketika ditemui XTRA, Liza berkata cara teguran pelakon senior itu memainkan peranan penting supaya tidak memalukan atau mengecilkan hati pelapis baharu sekali gus mereka dapat memperbaiki lakonan.

“Bagi saya menegur dan memalukan adalah perkara yang berbeza. Menegur dengan kebaikan saya rasa pelakon akan terima tapi kalau memalukan dia depan orang ramai itu bukan perkara yang baik.

“Kita kalau nak tegur biar orang tu tahu dan faham kena dia ditegur bukan tegur untuk memalukan dia. Kena tegur dengan cara berhemah dan tidak memalukan mereka, supaya mereka dekat dengan kita, jangan tegur seseorang pelakon itu sehingga membuatkan dia jauh daripada kita,” katanya.

Liza berkata demikian ketika ditemui di sesi bergambar bersama pelakon drama Antara Dua Syurga yang berlangsung di Sri Pentas, pada Isnin.

Bagaimanapun, Liza tidak menafikan ada segelintir pelakon baharu yang tidak bersedia ketika datang ke set penggambaran, maka pelakon senior berhak memberi teguran.

“Sebagai pelakon, jangan ambil ini perkara mudah sebab kerjaya pelakon adalah kerjaya yang profesional. Perlu bersedia sebelum masuk set. Tak nafikan, kadangkala pelakon baharu ni tak faham skop kerja diorang jadi pelakon senior perlu beri mereka peluang.

“Ada sebab mengapa pelakon senior menegur pelakon baharu mungkin kerana kelalaian mereka di set dan atau nak perbaiki kelemahan mereka, jadi itu tidak salah. Sebagai pelakon senior, kita perlu tunjukkan contoh yang baik,” katanya.

Sekadar info, drama Antara Dua Syurga merupakan drama terbitan Lumatic Films ini menampilkan barisan pelakon seperti Tracie Sinidol, Nabil Aqil, Liza Abdullah, Steve Yap dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH HILANG ARAH

Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Trending Sat, 9 Mar 2024
Featured Wed, 16 Mar 2022

“Memang Limited…”- Alif Satar & Izzue Islam Dipuji Sehingga Netizen Wujud ‘Persatuan Suami Setia & Handsome’!

Kadang-kadang Min pun lupa diorang ni suami orang 😂 Segak, bergaya dan paling utama SETIA kepada isteri. Untungnyaaaa 🤩😍

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Rumah Bersepah Seperti Hutan, Barang Bertimbun Angkara Princess Suzie, Pemilik Dakwa Rugi RM33,000!

Princess Suzie didakwa tak bayar sewa, rumah sewa bertimbun seperti hutan

Featured Mon, 14 Nov 2022
error: Content is protected !!