Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 31, 2017 @ 10:01am

ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH HILANG ARAH

Beberapa hari lepas, Zul Ariffin mengejutkan peminat-peminatnya dengan kemunculannya berjubah siap memakai ghutra dikepala. Kali ini, Zul Ariffin mengakui bahawa dia sedikit hilang arah semenjak ketiadaan ibunya. Sehingga telah menolak beberapa tawaran berlakon.

“Sejak arwah tiada, saya langsung tidak boleh lelapkan mata. Pejam sahaja mata, pasti terbayang wajah arwah. Jiwa saya kosong selepas kematian arwah ibu. Selama ini, arwah adalah penguat semangat perjuangan saya, tetapi hari ini, segala-galanya sudah melayang. “

“Saya benar-benar rasa kehilangan. Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini.”

Zul bersama arwah ibunya

 

Menyedari hakikat itu, Zul agak terkilan kerana tidak dapat membawa ibunya menunaikan umrah dan tidak sempat berada di sisi arwah semasa hembusan nafas terakhir beliau. 

“Mungkin saya menyimpan rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah tutup mata. Ia sangat memberi kesan pada jiwa saya.

Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan menunaikan umrah tidak kesampaian. Saya terbang juga ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarganya. Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah.”

Sudah tertulis bahawa, jodoh dan maut ditangan Tuhan dan siapalah kita untuk melambat atau mempercepatkannya melainkan dengan keizinanNya. Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 14 Nov 2018
Hiburan Thu, 22 May 2025

Fattah Amin Akui Kecewa, Filem ‘Kulit Wayang’ Kurang Sambutan

Fattah Amin akui kecewa filem Kulit Wayang tak dapat sambutan

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

尤雅自封「Lady Yaya」与歌迷一起忆往事

歌坛「第一玉女」尤雅一年访马两次!现年60多岁的她自嘲魅力不输女神卡卡,还自封「Lady Yaya」。

Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

「小队长」卢广仲明年1月4日驾到!

卢广仲「大人中」世界巡回演唱会大马站定档2020年1月4日在莎阿南美拉瓦蒂室内体育馆引爆,卢广仲喊话 “十年后的第一年,来聚聚吧!”

error: Content is protected !!