Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 22, 2025 @ 4:38pm

Fattah Amin Akui Kecewa, Filem ‘Kulit Wayang’ Kurang Sambutan

Pelakon terkenal, Fattah Amin tidak menafikan timbul rasa kecewa apabila filem lakonannya, Kulit Wayang, gagal mencetuskan sambutan hangat selepas ditayangkan pada 1 Mei lalu.

Menurut Fattah, meskipun filem itu kurang mendapat perhatian penonton, namun dia tetap bersyukur kerana segala usaha dan komitmen yang dicurahkan bagi menjayakan watak Tok Dalang akhirnya membuahkan hasil yang memuaskan dari segi kualiti lakonan.

“Memang saya kecewa sebab sebagai pelakon, kita mahu setiap karya mendapat perhatian. Tapi saya bersyukur bila tengok hasil lakonan sendiri, saya tahu usaha saya tidak sia-sia.

“Watak Tok Dalang bukan mudah kerana saya perlu bertutur dalam dialek Kelantan dan mahir bermain wayang kulit. Namun, saya percaya pihak produksi ada perancangan tersendiri. Mungkin mereka sasarkan filem ini ke festival filem, bukan sekadar kutipan box office,” katanya kepada XTRA.

Mengulas lanjut, Fattah berkata, persepsi awal penonton terhadap genre filem berunsurkan budaya Pantai Timur mungkin menjadi faktor ia tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.

“Saya rasa ramai beranggapan filem ini hanya berkaitan dengan wayang kulit atau khas untuk penonton dari Pantai Timur. Tapi bila mereka tonton, kebanyakannya terkejut dan beri pujian sebab filem ini sebenarnya menyentuh nilai sejagat.

“Filem ini bukan hanya untuk orang Kelantan atau penggemar budaya tradisional semata-mata,” katanya.

Ditanya mengenai waktu tayangan yang mungkin mempengaruhi prestasi filem di pawagam, Fattah tidak menolak faktor itu namun menganggap persaingan antara filem tempatan sebagai sesuatu yang sihat.

“Waktu tayangan bukan di tangan saya, tapi saya anggap persaingan itu perkara positif. Saya gembira bila lihat semakin banyak filem tempatan ditayangkan serentak.

“Kita pernah lalui fasa suram dalam industri perfileman. Sekarang apabila semakin banyak karya tempatan mendapat tempat, itu petanda baik untuk kemajuan industri,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 May 2019

Anak Minta Henti Sebar Gambar Ibu Kemalangan

“Tolong Delete Atau Segera Hapuskan Gambar Mami”,

Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Menginjak Usia 50 Tahun, Fazley Yaakob Lebih Peka Jaga Kesihatan & Penampilan Demi Anak-Anak

Menurut Fazley Yaakob, usia yang semakin meningkat tidak bermakna seseorang perlu mengabaikan penampilan.

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tiada Lagi #Jelena, Bieber Umum Dah Bertunang

Tambah Bieber, hatinya kini hanya milik gadis berusia 21 tahun itu. Wah, romantik habis!

Featured Wed, 24 May 2023

Elfira Loy Berharap Dihindari Individu Talam Dua Muka – “Jangan Jadi Fake Depan Saya”

Min setujuu! Takut eh dengan orang talam dua muka ni 😢😢

Trending Sun, 13 Jun 2021

Bawa Pulang Proton X50, Macbook Air, Wang Tunai & Banyak Lagi Apabila Menyimpan di SSPN-i!

Anda ada simpanan? Kalau tak ada, anda dah boleh dah mula menyimpan sedikit demi sedikit. Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi yang tak menentu semasa pandemik ni. Bagi yang dah berkeluarga tu lagilah penting untuk ada simpanan […]

Hiburan Fri, 27 Oct 2023
error: Content is protected !!