Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir September 9, 2022 @ 6:14pm

“Saya Nak Tenang-Tenang Saja” – Amy Mastura Elak Masuk Pertandingan

Penyanyi dan pelakon Amy Mastura memberitahu dia tidak akan menyertai sebarang program nyanyian kerana takut akan kecaman.

Menerusi laporan Kosmo, dia sering dipujuk beberapa pihak produksi namun lebih memilih menjalani kehidupan yang tenang tanpa tekanan.

“Sejujurnya saya takut nak masuk mana-mana pertandingan nyanyian. Mungkin saya memang jenis tak sukakan tekanan. Jadi saya elakkan (bertanding). Saya nak tenang-tenang saja.

“Biarlah orang kata saya tolak peluang keemasan. Apabila kita memilih kehidupan kurang tekanan bermakna kita juga kena kurangkan dedahkan diri untuk dikritik.

“Anugerah dan bakat yang Allah bagi pun bukan untuk saya terlampau terbuka. Maksudnya biarlah saya begini saja, bersederhana dalam kehidupan dan kerjaya,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Sha Na Na itu, dia bersyukur tidak terpalit dengan mana-mana kontroversi dan berwaspada menggunakan sosial media.

“Tidak bermakna saya baik kerana tiada kisah sensasi, sebaliknya saya bersyukur Allah jaga aib saya. Lagipun dulu tiada sosial media yang dedah semua perkara.

“Setakat ini saya tetap berwaspada apabila menggunakan sosial media. Biarlah ‘content’ biasa-biasa atau tunjuk aktiviti kerja, janji saya tidak melampau.

“Pada saya biar org kenal kita dengan benda baik kita buat, daripada orang tengok kita kemudian teringat kita buat benda tak baik,” ujarnya.

Untuk rekod, Amy berkahwin dengan Alvin Tham Suffian dan dikurniakan dua orang puteri iaitu Adriana, 21, dan Adalia, 18 tahun.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Trending Sun, 26 Nov 2017

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

Featured Tue, 22 Aug 2023
Featured Thu, 9 Apr 2020
Trending Fri, 17 Jul 2020

Tahniah! Mira Filzah Akhirnya Selamat Bertunang

Tak sabar rasanya nak tengok wedding of the year ni!

Trending Mon, 9 May 2022

Tunjuk Peningkatan, Media Prima Audio Kekalkan Kedudukan

Media Prima Audio (MPA) masih mengekalkan kedudukannya sebagai rangkaian radio berpengaruh di negara ini, sebagaimana yang direkodkan menerusi tinjauan radio komersial GFK (GfK Radio Audience Measurement) pertama untuk tahun 2022. MPA memulakan tahun 2022 dengan […]

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Fri, 1 Sep 2023
error: Content is protected !!