Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 22, 2023 @ 2:12pm

[VIDEO] Makan Karipap Pakai Sarung Tangan, Jep Mengaku Ada OCD – “Dalam Beg Standby Satu Kotak Plastik…”

Penyampai radio dan pelawak, Jep meraih perhatian ramai setelah mengaku dirinya seorang Obsessive-compulsive disorder (OCD).

Ia ekoran sebuah video dikongsikan oleh penyampai radio dan pengacara, Linda Onn di Instagram memaparkan Jep sedang makan karipap sambil menggunakan sarung tangan.

Perkara tersebut bukan sahaja mengejutkan Linda sendiri, malah juga pengikutnya yang juga tidak menyangka Jep seorang OCD.

“Jep, sini pusing kejap nak tengok. Makan karipap kenapa pakai sarung tangan? Tak pernah dibuat orang,” soal Linda.

“Saya ada OCD. Dalam beg memang ada sarung tangan satu kotak. Betul, sebab tu saya segan,” jawab Jep.

Di ruangan kapsyen, Linda berkata suami kepada pelakon Sari Yanti itu menghadapi beberapa ujian disebabkan oleh penyakit OCD itu.

“Tak ramai tau yang @jepsepahtu ada OCD kan? Linda pun baru tau. Lepas korek-korek cerita daripada Jep, rupanya macam2 yang Jep kena hadap.. Sabar ye Jep…,” tulisnya.

Jep OCD

Di ruangan komen, ternyata ramai yang mengalami perkara sama dan memahami keadaan dilalui oleh Jep itu.

Jep OCD

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 131,000 tontonan, 6,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

Artikel Berkaitan: “Bagus Dia Tak Pusing Cerita” – Spekulasi Terjawab, Jep Dedah Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin Shuib

Artikel Berkaitan: “Dia Antara Orang Yang…” – Persahabatan Masih Kekal, Jep Tetap Sayangkan Shuib

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Wed, 8 Apr 2020
Featured Mon, 22 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Norman & Hazreen Tersingkir, Ada Pasangan Luah Perasaan? Jom Recap Episod 4!

Episod keempat Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi telah menyaksikan persaingan antara enam pasangan. Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap manakala Ziana […]

familuv Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] “Tak Pernah Tinggi Suara” – Aaron Aziz Syukur Dikurniakan Isteri Penyayang

Alhamdulillah dah 19 tahun dah perkahwinan Aaron Aziz dan isteri, semoga sentiasa bahagia disamping family tersayang.

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

Eat Travel Mon, 16 Mar 2020
error: Content is protected !!