Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 17, 2022 @ 6:39pm

[VIDEO] “Saya Terkejut, Lebih 10 Kali Dia Cakap” – Jarang Buat Pemeriksaan Kesihatan E.N.T, Doktor Label Aliff Aziz ‘Lelaki Tidak Berguna’ Gara-Gara…

Penyanyi terkenal, Aliff Aziz mencuri perhatian selepas sebuah video yang dikongsikan oleh isterinya, pelakon Bella Astilah tular di media sosial TikTok.

Menerusi video tersebut, Aliff meluahkan perasaan tidak puas hati apabila seorang doktor menggelarnya lelaki tidak berguna hanya kerana mempunyai masalah di hidung.

“Dengar lah kamu si Aliff membebal lepas balik klinik sebab doktor tu cakap dia tak berguna. Dia marah sebab Aliff jarang. buat check up Ear, Nose dan Throat (E.N.T.) sebab terlalu kesibukan. Nah kau kena marah dengan si Aliff,” tulis Bella di kapsyen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ujian Untuk Dia Juga..” – Berpelukan Dengan Intan Najuwa, Netizen Mohon Aliff Aziz Jaga Hati Isteri

Artikel Berkaitan: “Bukan Niat Kami Untuk Larikan Diri
” – Bella Astillah, Aliff Aziz Mohon Netizen Faham

Video berdurasi 1 minit itu memaparkan Aliff sedang mengadu kepada isteri tercintanya mengenai perkara sebenar doktor tersebut lakukan sehingga menggelarnya ‘lelaki tidak berguna’.

“Doktor cakap dekat saya lebih 10 kali perfume yang saya pakai bau sangat teruk. Padahal ada satu hari tu saya tak pakai minyak wangi tau, takkan daripada semalam pagi punya dia masih boleh bau.

“Saya rasa sebab hidung saya la dia kata bila scope dalam tengok senget dan sempit, jadi dia tanya saya tak bernafas pakai hidung tapi mulut? Saya cakap betul, dari lahir memang bernafas pakai mulut.

“Lepas tu dia cakap yang hidung saya tinggi, mancung, handsome tapi tak berguna. Saya terkejut tau bila dia cakap macam tu… Apa yang tak berguna.. Saya ke hidung saya yang tak berguna? Dah la bayar mahal,” luah Aliff dalam nada berang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar luahan hati Aliff yang tampak sangat marah namun masih boleh mengawal nada dalam keadaan lembut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 May 2018

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Tak ada idea nak bersahur dengan apa? Di sini ada beberapa cadangan mudah dan ringkas.

Hiburan Mon, 15 Jan 2024

“Saya Sudah Penat” – Hetty Koes Endang Mahu Berehat Dari Konsert, Hanya Terima ‘Job’ Untuk Program Amal Sahaja

Yer lah, dah 53 tahun dalam industri seni
dah berapa puluh konsert join, album pulak ada 150! Fuhh
memang kagum!

Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!

Featured Tue, 18 Nov 2025

Perempuan Hanya Kemas Rumah & K*ngkang? Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam – “Lelaki Macam Ni Punca Wanita Hilang Respect”

Mekyun berkata, tindakan itu sebagai mentaliti lapuk dan merendahkan martabat wanita.

Events Wed, 19 Dec 2018

CJ WOW SHOP Luaskan Pasaran Menerusi Segmen Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Jadi, jangan ketinggalan untuk dapatkan diskaun dan mata ganjaran di CJ WOW SHOP!

Featured Sat, 9 Apr 2022

Akibat Tempeleng Chris Rock, Will Smith Dilarang Sertai Anugerah Oscars Selama 10 Tahun

Will Smith juga tidak dibenarkan untuk hadir ke mana-mana program dianjurkan lembaga akademi

Hiburan Mon, 11 May 2026

Intan Najuwa Akui Tak Sanggup ‘Giveaway’ Baju Anak, Mahu Simpan Sebagai Kenangan – “Nilai Sentimental Itu Terlalu Besar”

Intan berkata ada pakaian yang mengingatkannya pada momen awal kelahiran Lunara selain detik-detik yang tidak mungkin dapat diulang semula.

Featured Thu, 23 Apr 2020

Petugas barisan hadapan boleh qada puasa jika tidak berkemampuan

Buka puasa agar tidak jejas tugas merawat pesakit

error: Content is protected !!