Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 9, 2022 @ 1:15pm

Akibat Tempeleng Chris Rock, Will Smith Dilarang Sertai Anugerah Oscars Selama 10 Tahun

Nama pelakon terkenal Hollywood, Will Smith mencetuskan insiden yang mengejutkan orang ramai apabila beliau kini diharamkan untuk menyertai Anugerah Akademi (Oscars) selama 10 tahun.

Tindakan tegas tersebut diputuskan oleh Penganjur Anugerah Akademi (Oscars) ke-94, Akademi Seni Filem dan Sains susulan daripada isu Will Smith menempeleng Chris Rock semasa siaran langsung anugerah berprestij di Dolby Theatre, Los Angeles pada penghujung Mac lalu.

Memetik laporan Berita Harian, kenyataan penganjur mengatakan aksi ganas yang dipamerkan Will Smith semasa acara menghargai karyawan seni berlangsung dianggap sangat tidak profesional dan memberi imej yang buruk.

“Larangan dilakukan terhadapnya bagi bertujuan melindungi karyawan seni dan tetamu agar terus meletakkan kepercayaan kepada Anugerah Akademi.

“Selama insiden pergeseran antara mereka terjadi, kami tidak cukup menangani situasi tidak terduga ini. Kami tidak bersedia untuk isu yang belum pernah terjadi sebelumnya. Untuk ini, kami minta maaf.

“Terima kasih kepada Rock kerana menangani situasi terjadi dengan profesional,” kata kenyataan berkenaan.

Ia berlaku ketika Rock menjadi penyampai kategori Dokumentari Terbaik, membuat lawak kurang disenangi mengenai penampilan isteri Smith, Jada Pinkett Smith yang berimej botak dengan menyamakannya seperti watak GI Jane lakonan Demi Moore.

Terdahulu, Will Smith bertindak untuk menempleng Chris Rock yang sedang menjadi penyampai kategori Dokumentari Terbaik akibat membuat lawak tidak disenangi mengenai penampilan isteri Smith, Jadi Pinkett Smith yang berimej botak telah disamakan seperti watak GI Jane lakonan Demi Moore.

Rentetan itu, Smith mengakui amat menyesal dan menyedari kesilapannya telah memaklumkan meletakkan jawatan daripada Anugerah Akademi pada 1 April lalu, lapor agensi berita Anadolu.

“Saya sepenuhnya akan menerima sebarang dan semua akibat susulan kelakuan. Tindakan saya semasa penyampaian Anugerah Akademi Ke-94 mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan,” kata Smith dalam satu kenyataan.

Akibat kontroversi yang melanda Smith itu juga, dua produksi iaitu Netflix dan Sony telah membuat keputusan untuk menghentikan projek mereka sementara.

Artikel Berkaitan: Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Artikel Berkaitan: Susulan Isu Tempeleng Will Smith & Chris Rock Di Anugerah Oscars, Diana Danielle Anggap Masalah Kesihatan Bukan Mainan

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jan 2023

“Fasha Sanda Hamil? Tambah Zuriat Itu Ada Dalam Perancangan Kami” – Aidil Aziz

Aamiin… Kita merancang, Tuhan yang menentukan🧡🧡🧡

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Fara Hezel Dan Erry Putra Bercinta!

Walaupun hubungan cinta mereka kelihatan happy dan bahagia, Fara menjelaskan hubungan mereka masih lagi baru dan masih belum ke peringkat yang lebih serius

Featured Fri, 2 May 2025

“Kau Tahu Ke Saja Buat Sengal?” – Abby Abadi Backup Cik Epal, Bekas Suami Dakwa Sengaja Bangkit Isu Anak Untuk Pergi ‘Berjimba’

Abby sempat berkongsi hantaran mesej langsung (Direct Message) yang diterima untuk melaga-lagakannya dengan pempengaruh wanita berkenaan.

Filem Mon, 13 Apr 2026

Gayong 2 Dominasi Pawagam, Bukti Karya Tempatan Terus Dapat Tempat

Gayong 2 terus mencuri perhatian apabila berjaya menduduki tangga teratas carta pawagam.

familuv Tue, 9 Oct 2018
Featured Sat, 17 Jan 2026

“Tak Perlu Luah Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain” – Siti Nurhaliza Anggap Hantaran Threads Sekadar Berseloroh

Menurut Siti, komen itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan peminat dan sama sekali tidak mempunyai niat untuk mencetuskan sebarang salah faham.

Featured Fri, 17 Apr 2020

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Kajian sains turut akui keberkesanannya

error: Content is protected !!