Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 6, 2022 @ 5:24pm

Anim Ezati Kini Berstatus Ibu Tunggal – “Kalau Boleh, Saya Tak Nak Langsung Kongsi Perkara Begini”

Pengacara dan personaliti televisyen popular, Anim Ezati Rizki Mohd Khalid mengaku dia kini sudah bergelar ibu tunggal sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, Anim memaklumkan hubungannya dengan bekas suami, Mohd Fadli Sahudin masih baik terutamanya demi menjaga dan membesarkan anak tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia dua tahun.

Menurut Anim, 30, demi mengelakkan sebarang fitnah atau gosip liar mengenai hubungannya dengan bekas suami, dia terpaksa membuka mulut dan menjelaskan  mengenai perpisahan ini.

“Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara begini namun saya terpaksa juga. Jodoh kami sampai di sini saja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini. 

“Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.

“Alhamdulillah untuk dua tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami. Kini, saya dan bekas suami tidak lagi bersama,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anim Ezati Rizki (@anim.ezati)

 

Bercakap mengenai hak penjagaan anak, pengacara bual bicara popular, Malaysia Hari Ini itu menegaskan, hak penjagaan sepenuhnya berpihak kepadanya malah, dia mengaku bukan mudah untuk menempuh fasa bergelar sebagai ibu tunggal.

“Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini.

“Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana. Menggalas gelaran sebagai ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah,” jelasnya.

Untuk rekod, Anim dan Mohd Fadli melangsungkan perkahwinan pada 28 Disember 2019 dengan hanya sekali lafaz dan hasil perkahiwinan mereka telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Yara Alanna Khalsom, 2.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Jan 2025
Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Nash, Zamani, Ameng & Jatt Ali Bergabung Dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat

Konsert ini bakal diadakan pada 1 Februari 2025 di The Star Theatre, Singapura bermula pukul 8 malam.

Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Aliff Syukri Bingung Kucing Harga RM 50,000 Hilang

Alamak! Kucing Dodi lari masuk hutan belakang rumah.

familuv Sat, 11 Apr 2020

Suami isteri tidak perlu salah-menyalahi, minta maaf sahaja

Pembuka jalan kepada penyelesaian masalah

Featured Tue, 10 May 2022
Trending Tue, 12 Apr 2022

Malaysia Terima 48,000 Stok Ubat Antiviral Paxlovid Semalam

Ubat Antiviral Paxlovid tiba di Malaysia

error: Content is protected !!