Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 29, 2023 @ 11:01am

“Suka Tengok Family Ni” – Abby Abadi & Norman Hakim Sambut Birthday Anak Bersama Raih Pujian

Pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim tampil meraih pujian dalam kalangan warganet selepas mempamerkan keharmonian mereka bersama menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Danish Hakim.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Abby menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, kedua-dua pelakon itu saling menyuapkan pulut kuning kepada anak sulung mereka sambil mendoakan kesejahteraan buatnya.

Lebih menarik lagi, majlis itu turut disambut baik oleh Memey Suhaiza, isteri kepada Norman dan suami Abby, Faizal Zakaria.

“Sambut semalam (23 March 2023),” tulisnya.

@abbyabadi112 Sambut semalam (24March2023) ❤️ @danishhakimofficial ♬ original sound – Abby Abadi Official

Melihat kemesraan dan keharmonian keluarga itu, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan kedua-dua pelakon itu menerusi ruangan komen.

Malah, mereka turut mendoakan kesejahteraan dan kebahagian buat keluarga tersebut.

Untuk rekod, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002, namun bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Cahaya Mata Fri, 23 Sep 2022

“Fatima Pernah Cakap Nak Baby” – Fattah Amin Bersedia Untuk Anak Kedua

Wahh tak lama lagi dapat adik lah Fatima! Mesti comel 😍🙈

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Erra Fazira Bersuara Mengenai Isu Sakit Mental

Erra Fazira bersuara tentang sakit mental termasuklah kemurungan kerana hal ini tidak boleh dibuat main dan perlu dititikberatkan….

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Rayme Zainal Lancarkan Single Gema Raya, Letak Signature Dalam Setiap Naskhah – “Setiap Karya Mesti Ada…”

Lagu hasil ciptaan Rayme Zainal sendiri ini menceritakan pengalaman sambutan Hari Raya.

Kisah Viral Tue, 25 Jun 2024

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris Teruk Dikritik, Ini Jawapan MOM 

Ramai yang kurang senang dengan rekaan pakaian edisi kali ini

error: Content is protected !!