Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 16, 2026 @ 1:36am

Rayme Zainal Lancarkan Single Gema Raya, Letak Signature Dalam Setiap Naskhah – “Setiap Karya Mesti Ada…”

Penyanyi dan usahawan Rayme Zainal melancarkan lagu sempena sambutan Syawal tidak lama lagi yang berjudul Gema Raya.

Menurut Rayme, lagu hasil ciptaannya sendiri ini menceritakan sendiri pengalaman sambutan Hari Raya.

“Saya memang cipta sendiri, lagu dan lirik kerana mahu menceritakan sendiri pengalaman Hari Raya.

“Saya gemarkan elemen Arab dan Timur Tengah, jadi saya nak sesuaikan ia dengan minat muzik sekarang. Jika boleh, saya berharap lagu ini menjadi siulan dan didengari setiap tahun,” katanya.

Gemar menghasilkan naskhah sempena sambutan Syawal, Rayme mendedahkan dia tidak mencari populariti dalam setiap penciptaan karya.

“Ini kali ketiga saya menghasilkan lagu Raya, semuanya saya buat sendiri. Saya memang suka buat lagu Raya, malah lebih banyak berbanding lagu biasa saya.

“Saya bukan nak buat lagu Raya untuk populariti, ini merupakan minat saya. Jika ada orang menggemari lagu Raya ini, saya anggap ia sebagai rezeki,” katanya.

Bekas peserta rancangan realiti All Together Now 2022 ini menjadi usahawan acara berjaya selepas beralih fokus kepada penganjuran festival mega seperti Bazar Aidilfitri Anjung Syawal dan Anjung MalaysiaKu Foodie Fiesta.

Menerusi karier seni sebelum ini, Rayme dikenali melalui lagu seperti Andai dan Close To You, serta pernah menjuarai pertandingan nyanyian dalam talian oleh Sajakiri Music.

Dalam pada itu, menceritakan keistimewaan lagu Gema Raya ini, pengarah urusan Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd. meletakkan ciri khas tersendiri dalam setiap naskhah penghasilannya.

“Elemen gabungan Bahasa Inggeris dalam lagu Raya adalah signature saya untuk diri saya. Dalam setiap lagu saya mesti ada frasa Inggeris.

“Mungkin ramai dah buat sebegitu sebelum ini, tapi untuk saya sendiri, sebagai Rayme Zainal, itu yang saya mahu cuba tonjolkan dalam setiap lagu,” katanya.

Rayme ditemui di majlis pelancaran Gema Raya Putrajaya 2026@PICC, baru-baru ini.

Lagu Gema Raya ciptaan sepenuhnya oleh Rayme bakal menjadi lagu tema bagi festival ini.

Gema Raya Putrajaya 2026@Putrajaya International Convention Centre dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Festival ini mengetengahkan gabungan aktiviti keusahawanan, kesenian tradisi dan kontemporari, program kerohanian serta inisiatif kebajikan komuniti, dengan hampir 300 vendor dijangka menyertai dan kehadiran dianggarkan sehingga 800,000 pengunjung.

Penganjur menggariskan bahawa acara ini bukan sekadar ruang jual beli tetapi juga platform budaya dan kebajikan, yang disusun supaya pengunjung boleh menikmati pelbagai pengisian sepanjang hari. Pihak penganjur turut menjangkakan tarikan besar menerusi beberapa persembahan istimewa pada hujung minggu pilihan yang melibatkan barisan artis ternama.

Antara penghibur yang disahkan untuk membuat persembahan ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali, kesemuanya pernah muncul sebagai finalis di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu.

Turut memeriahkan acara adalah Bella Astillah, juara sulung program realiti Raise The Star Malaysia Didie Shazry dan kumpulan Alpha, menjadikan Gema Raya Putrajaya sebuah perhimpunan Raya yang menyatukan unsur hiburan, budaya dan sokongan industri kreatif.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Jun 2024

Tular Foto Berbaju Pengantin, Aishah Kahwin Lagi?  

Wah kalau betul tahniah kak Aishah

Featured Wed, 20 May 2026

“Kerja Apa Pun Ada ‘Dark Side’, Tak Semua Orang Dalam Industri Ni Tak Baik” – Zara Zya

Zara Zya mengaku bahawa tidak semua individu yang terlibat dalam industri seni tanah air memiliki sisi gelap seperti kenyataannya yang tular sebelum ini.

Trending Fri, 9 Feb 2018

Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara

Pengalaman Ngeri, Saya Dan Suami Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara Tidak Pakai Kasut Semasa Main Air Di Tepi Pantai

Hiburan Fri, 14 Feb 2025
Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Zahiril Adzim Kecewa Dengan Siapa Tu?

Masing-masing ada hak untuk bersuara kan?

Featured Fri, 30 Dec 2022

2022 Tahun Penuh Erti, Hana Ismail Suntik Semangat Netizen Untuk Kekal Positif

Pengacara Hana Ismail menyuntik semangat netizen untuk kekal positif biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan pada tahun 2022. @hanaalmauzah_Episod 3 | TERIMA KASIH KENANGAN ✨♬ original sound – Hana ismail Menerusi perkongsian di laman TikTok, Hana […]

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Kalau Tak Tahu Cerita, Lebih Baik Diam!

Cuba letak diri anda di tempat saya. Apa yang anda rasa? Lagi pula, suami saya mengaku bersalah atas nasihat peguam, kata Salma.

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Muncul Dengan Album Terbaharu The Storm, Impian Alyph Mahu Berkolaborasi Bersama Ziana Zain Terlaksana

Lagu Teman dan Gerak kolaborasi bersama Ziana Zain dimuatkan dalam album terbaharu Alyph berjudul The Storm.

Featured Fri, 6 Feb 2026
error: Content is protected !!