Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 19, 2025 @ 4:43am

Muncul Dengan Album Terbaharu The Storm, Impian Alyph Mahu Berkolaborasi Bersama Ziana Zain Terlaksana

Keinginan penyanyi rap popular Alyph untuk berduet dengan penyanyi ikonik, Ziana Zain akhirnya terlaksana apabila mereka berkolaborasi menerusi dua lagu bertajuk Teman dan Gerak.

Lagu Teman dan Gerak dimuatkan dalam album terbaharu Alyph berjudul The Storm yang bakal muncul pada 24 Januari ini.

Alyph, atau nama penuhnya Alif Abdullah, 36, mendedahkan bahawa Ziana adalah figura utama yang dibayangkan sejak awal proses penciptaan lagu-lagu tersebut.

“Sewaktu mencipta lagu Teman dan Gerak, hanya suara Ziana yang bermain dalam fikiran saya. Lagu belum siap pun, saya sudah dapat bayangkan vokal Ziana dalam dua lagu saya. Pada awalnya, saya agak gementar pada mulanya kerana bimbang Ziana mungkin kurang selesa dengan konsep serta jalan cerita kedua-dua lagu ini.

“Akhirnya, saya amat bersyukur apabila dia bersetuju untuk terlibat. Saya sangat berbesar hati apabila dia sudi merakamkan lagu-lagu ini bersama saya. Hebatnya, kedua-dua lagu berjaya disiapkan dalam hanya sehari,” kata Alyph.

Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pra dengar album The Storm yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor, pada Jumaat.

Mengulas mengenai album tersebut, Alyph menyatakan bahawa The Storm yang memuatkan 12 lagu, berkisar tentang kejujuran, emosi yang rapuh, harga diri, serta keterbukaan.

“Setiap lagu dihasilkan daripada kisah peribadi yang sebenar, yang kemudiannya diolah bersama pelbagai cerita lain untuk mencipta naratif baharu. Album ini merangkumi sudut pandang dari masa lalu, kini, dan masa depan.

“Melalui karya ini, saya cuba menyampaikan pengajaran kehidupan yang saya pelajari daripada ibu saya, terutama dalam aspek kekuatan diri, kasih sayang, dan kesakitan,” tambahnya.

Selain Teman dan Gerak, album ini turut menyenaraikan lagu-lagu seperti Dari Jauh, The Line, Bestfriend Part 2, Ingat, Mekar, Sorok Muka, Red Flags, Saham Naik, Birthday Girl dan Siapa Yang Ajar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Featured Tue, 5 May 2026

“Tak Sangka Benda Ni Berlaku, Saya Juga Penat Bekerja & Jaga Anak-Anak” – Dr Fie Terkilan Terima Notis Daripada Nubhan

Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terkilan selepas menerima notis berkaitan kes komital yang difailkan oleh bekas suami terhadapanya. Kata Dr. Afifah usai perbicaraan kes berlangsung, dia tidak menyangka menerima […]

Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Birthday, Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Zainal Mercedes-Benz Bernilai RM300,000

Bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, pelakon Wawa Zainal yang ke-29, aktor dan usahawan Aeril Zafrel menghadiahkan sebuah kereta mewah. Kenderaan jenis Mercedes-Benz GLC 300 itu dianggarkan bernilai RM300,000. “Saya menghadiahkan kereta ini kepada isteri kerana […]

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Featured Tue, 14 Sep 2021

Pengecualian Bayaran Faedah Bagi Penerima Moratorium Pinjaman Bank – Tengku Zafrul

Proses dipermudahkan agar semua golongan dapat dibantu

error: Content is protected !!