Euforia Bola 2026
Events By: Ad Ops September 27, 2019 @ 11:16am

Warga Kedah Jom Turun Memeriahkan Karisma Jelajah Suria Di Alor Setar Kedah Sabtu Ini!

Buat kesemua pendengar setia Suria, jangan lepaskan peluang  untuk ke lokasi terakhir Karisma Jelajah Suria 2019 di Aman Central, Alor Setar Kedah pada 28 September, Sabtu ini!

Selepas menjelajah ke tiga buah negeri iaitu Shah Alam, Kuantan dan Johor Bahru, Kedah menjadi pilihan Suria untuk melabuhkan tirai bagi siri jelajah  Karisma Suria tahun ini.

So, hadirkan diri anda ke lokasi akhir Karisma Suria dan anda berpeluang untuk beramah mesra dan berhibur dengan persembahan artis popular seperti Akim & The Majistret, Ella, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Naim Daniel, Gmie Screen, Usop, Amir Masdi, Muna Shahirah, Tuah Adzmie, Zack Zakwan dan Ariff Sany.

Penyampai Suria seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin turut  turun untuk mengahangatkan lagi jelajah terakhir ini. Ramai kan?

Karisma Jelajah Suria sebelum ini di Johor Bahru sangat meriah dengan persembahan artis daripada Ara Johari,  Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Ruffedge.

 

Ara Johari 

 

Haqiem Rusli

 

Wany Hasrita

 

Ruffedge

 

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, kombinasi barisan artis popular dalam Jelajah Suria Kedah kali ini diharapkan dapat menjadi tarikan kepada orang Kedah dan kawasan di sekitarnya untuk hadir dan memeriahkan lagi acara Karisma Jelajah Suria.

 

Dj Lin

 

“Kali ini Suria bawakan beberapa aktiviti pentas yang lebih menarik seawal jam 12 tengah hari dan juga memberi peluang kepada pendengar setia untuk memenangi barangan eksklusif Suria FM dan wang tunai menerusi pertandingan KiraOke Suria.” kata Dj Lin.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mendapatkan cenderahati eksklusif Suria  dengan harga promosi hanya di booth Kedai Suria. 

Anda juga berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM50,000 dengan hanya meneka nama lagu dan penyanyi menerusi peraduan Super Terer Suria bermula 30 September hingga 18 Oktober 2019. Wow, banyaknya!

 

Pertandingan KiraOke Suria

 

Jangan lupa dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my  dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia okey!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Aug 2022
Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

#AnggunLife : Nak Tukar Angin, Linda Onn Kini Bergelar Produser

Mantap! Semoga tahun 2019 membawa lebih banyak kejayaan buat Linda Onn.

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Psst…7 Hal MENARIK Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Pergi Menonton Gol & Gincu Vol 2

Kenapa Fazura tidak berlakon dalam Gol & Gincu Vol 2 eh? Nak tahu, jom baca info di atas!

Hiburan Fri, 7 Jun 2024
Events Thu, 7 Mar 2019
Hiburan Mon, 4 Nov 2024

Bekas Isteri Berubah Selepas Kerja Sebagai Pramugari, Gagal Kawal Kemarahan Antara Punca Idzham Ismail Lafaz Cerai

Lepastu satu, satu kes selebriti.. kali ni Idzham Ismail pula sah cerai dengan isteri 🥹😭😭

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

孙燕姿初九会歌迷 「二胎」取小名Poppy

暌违4年之久,孙燕姿终于带着新专辑《孙燕姿 No.13作品:跳舞的梵谷》来马宣传啦!燕姿目前身怀二胎,依然不辞劳苦来见大马粉丝,可见她对大马粉丝的厚爱哦!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Hajat Versi Balada Di AJL33 Nanti?

Haa, nak tahu samada Hael bawa lagu versi balada ke tidak, tungguu!

error: Content is protected !!