Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 7, 2019 @ 11:57am

Tahniah! Staff Media Prima Menang Di Portugal

Siapa sangka pemuda berusia 37 tahun ini mampu mencipta nama diperingkat antarabangsa apabila menang di Anugerah  Sophia pada acara Academia Portuguesa de Cinema di Portugal.

Mula berkhidmat di Media Prima Berhad (MPB) sejak 2010 sebagai pereka grafik, Mohd Firdaus Mustapha Rusely banyak mencurahkan idea kreatifnya dalam pelbagai program hiburan TV3, termasuklah Mentor 7.

Dan, kali ini nama beliau  diumumkan sebagai pemenang dalam penghasilan poster bagi filem arahan Bruno Gascon, Carga dalam acara yang berlangsung pada 28 Februari lalu.

Menurut Firdaus, dia dimaklumkan acara tersebut seperti Anugerah Oscar tetapi dalam versi Portugis.

“Saya dimaklumkan mengenai kejayaan ini oleh pihak produksi filem terbabit menerusi Facebook minggu lalu. Beberapa anugerah teknikal diumumkan lebih awal sebelum majlis kemuncak berlangsung.” 

” Sangat bersyukur dengan kemenangan ini, dan ia adalah anugerah pertama saya diperingkat antarabangsa. Sebelum ini saya hanya menang kategori Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia 2010 menerusi Belukar” Katanya.

Tidak menyangka dan tidak pernah mengejar anugerah dalam menghasilkan karya terbaik, Carga adalah kerjasama kedua beliau bersama produksi bebas yang berpengkalan di Portugis. 

” Kami bekerjasama buat kali pertama pada 2014, menerusi filem pendek, Boy. Dan, ianya bermula apabila pihak berkenaan berminat melihat hasil kerja saya yang dikongsi oleh sebuah laman sesawang. Dari situ kami berhubung melalui e-mel. Tidak sangka, tahun lalu produksi berkenaan ingin meneruskan kerjasama untuk filem sulung mereka, Carga. Saya sempat menyiapkan tujuh poster untuk penilaian produksi tersebut pada Mac lalu. Dan, kesemua poster tersebut disiapkan dalam masa empat hari” Tambahnya.

Firdaus juga menganggap bahawa, menghasilkan sesebuah poster adalah suatu keghairahan dan minat dalam meluahkan emosi. Dan, kemenangan ini pastinya dianggap sebagai bonus buat buat diri beliau.

Turut berkongsi idea bersama agensi di serata dunia termasuklah Hollywood sejak sedekad lalu, kemenangan Firdaus pada FFM23 juga menjadi punca kenapa beliau memberi keutamaan dalam penghasilan poster sebagai skil penting.

Wah, tahniah sekali lagi diucapkan dari kami di Xtra. Bukan senang nak tengok anak Malaysia cemerlang diperingkat antarabangsa bukan?

Jadi bagi korang yang nak tengok hasil karya Firdaus, korang bolehlah stalk di https://mfirdaus.squarespace.com/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 8 Dec 2024

Usaha Dapatkan Zuriat, Janna Nick Mahu Kekal Positif -“Saya Biasalah Mentally Unstable”

Janna Nick mengaku mahu kekal positif dalam usahanya mendapatkan zuriat.

Featured Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Jessica Jung Akan Keluar Single Terbaru Oktober Ini!

Siapa peminat Jessica Jung kat sini?

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

T-ara芝妍撞鬼搬家⋯祂竟跟到新宿舍!

韩国女团T-ara过去在宿舍里撞鬼的经历也被掀出,她们出道前曾误住入闹鬼宿舍,芝妍、昭妍都在同个位置看见不同的鬼!

error: Content is protected !!