Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 22, 2024 @ 8:26pm

Sangkal Dakwaan Ada Skandal Dengan Isteri Orang & Staf, Andika Putera Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin

Pempengaruh dan usahawan, Andika Putera, 27, menyangkal dakwaan berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.

Andika atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera berkata, dia nyata terkejut apabila menerima berita dituduh curang dengan pekerja dan isteri orang yang juga coach dalam bidang motivasi.

“Untuk makluman semua, saya dan Natasha pernah bercerai pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, dan kemudian rujuk semula demi kebaikan anak kami, Alisha Puteri. Namun kami masih lagi tiada persefahaman sehingga kami membuat keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu. Perceraian ini juga berlaku secara baik dengan bekas isteri.

“Walaupun sudah bercerai, saya masih berusaha melakukan tanggungjawab sebagai seorang ayah sebaik mungkin seperti memberi duit nafkah anak dan duit mutaah setiap bulan tanpa gagal kepada Natasha selain menguruskan rawatan mata Alisha.

“Sepanjang berumahtangga dengan Natasha, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa. Ia satu fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dengan coach yang diperkatakan kerana dia sudah berkahwin dan perkara ini sangat mengaibkan untuk dia dan juga saya,” katanya.

Walaubagaimanapun, Andika mengaku kekhilafan bicaranya tatkala menyampaikan seminar mengenai topik hubungan suami isteri.

Menurut Andika, ia telah disalahtafsir dan dimanipulasikan individu-individu yang tidak bertangungjawab dan mereka juga telah dikenalpasti untuk diambil tindakan perundangan.

“Saya mengakui rasa khilaf sangat kerana penggunaan kata-kata saya berlebihan dan mesra terhadap coach itu. Saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Seperti biasa semua seminar saya akan dirakamkan untuk rujukan akan datang. Entah macam mana pihak yang dikenalpasti sudah memberikan video berkenaan kepada Natasha. Terus ia menjadi salah faham.

“Tak semena-mena saya dituduh curang selama empat tahun tanpa bukti. Dalam kes ini, benar ia silap saya, tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah, menyebabkan ia membina andaian terhadap Natasha ia berlaku sebelum bercerai,” ujarnya.

Sementara itu, Andika berharap dengan penjelasan yang diberi, isu skandal berkenaan tidak diperbesar-besarkan lagi kerana ia akan mengelirukan ramai pihak.

“Sekiranya ada pihak yang cuba untuk terus memfitnah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

“Ada juga pihak yang terkesan dengan fitnah yang dilemparkan. Pihak terbabit juga akan tampil membuat kenyataan media bagi menjernihkan keadaan yang tegang selain menghentikan tuduhan yang tidak masuk akal ini.

“Saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak. Kerana itu selama ini saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan menguruskan komitmen harian saya.

“Cukuplah tuduh saya macam-macam. Hentikan atau saya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasi saya,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 May 2018

Nak Tengok Gelagat Sajat Rekod Album Makhluk Penggoda?

Produksi bagi penerbitan lagu juga mengakui bahawa Sajat melakukan yang terbaik semasa sesi rakaman beliau pada kali ini. Kalau nak tahu, baik tak baik Sajat membawakan lagu Makhluk Penggoda ni, kenalah tengok Nur Sajat Rated Xtra!

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Featured Fri, 8 Apr 2022

Gara-Gara Cuai Jalankan Proses Berkhatan, Pemuda Ini Dibayar Ganti Rugi RM3.1 Juta

Plaintif kini alami masalah pendiam & tak suka berkawan

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Diiktiraf Lelaki Paling Seksi, Apa Komen Remy Ishak?

Saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun

Trending Tue, 30 Jun 2020
Events Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

韩国天团 EXO五巡!1214引爆吉隆坡亚通体育馆

韩国超级天团EXO五巡《EXO PLANET #5 – EXPLORATION》即将今年12月14日,傍晚6时,引爆吉隆坡亚通万人体育馆!

error: Content is protected !!