Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2025 @ 2:14pm

Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

Pelakon dan pengacara, Shuk Sahar seakan tidak berpuas hati apabila dikatakan menyimpan dokumen jantung milik Fara Salleh.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Shuk atau nama lengkapnya, Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, meminta pembantu rumahnya menggeledah kereta dan kediamannya semata-mata mencari dokumen tersebut.

“Saya tak pernah post apa-apa, cuma saya nak tanya kak (panggilan buat pembantu rumah) sudah cari seluruh dalam rumah ni dokumen jantung? Sebab nanti orang ingat saya simpan dokumen jantung kak.

“Kak, nanti boleh tolong cari seluruh rumah dan kereta saya. Kalau ada kak bagi sahaja dokumen jantung tu ya.

“Sebab saya dikatakan ‘simpan’ dokumen orang ni kak? Boleh ya kak tolong cari,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Shuk turut meminta pembantu rumahnya itu memberi penjelasan pada video berkenaan berkaitan tuduhan Fara Salleh yang mengatakan Shuk menyimpan dokumen kesihatannya itu.

Bagaimanapun, pembantu rumah berkenaan menjelaskan, segala dokumen dan barang-barang milik Farah telahpun dikemas dan diambil sebelum wanita itu meninggalkan rumah tersebut.

“Kak cari sahaja seluruh rumah ni kalau ada apa-apa.

“Cuma, saya nak clearkan semasa keluar dari rumah memang semua di packing sendiri atau saya tolong packing kan? Kakak dan dia (Fara Salleh) yang packing kan?

“Kakak dah cari semua barang dalam rumah ni kan? Tapi tak ada satu apa pun yang tinggal lagi kan? Baju dobi sahaja kan? Okay baju dobi pun kak tolong packing, nanti bagi,” jelasnya.

Sebelum ini, Fara menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS) memaklumkan, dia masih lagi belum menerima dokumen asal dan sangat penting untuk kegunaannya.

Sekaligus, mendakwa dokumen berkenaan ada di dalam rumah atau kereta milik Shuk.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Isu Rupa Paras Tiada Kesudahan, Namron Minta Pelakon Abaikan Kritikan Netizen – “Pedulikan Apa Orang Nak Cakap”

Isu ini tidak akan selesai disebabkan netizen suka mengkritik dan membanding-bandingkan.

Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Resipi Nasi Komok yang sangat sedap dan mudah

Enak dimakan seisi keluarga

FESYEN Sun, 12 Oct 2025

Kekal Bergaya! 20 Tahun Dalam Dunia Fesyen, Rizman Ruzaini ‘Takluk’ KLCC

Butik flagship RR by Rizman Ruzaini dibuka di Suria KLCC.

Hiburan Wed, 25 Mar 2026

Didi Astillah Pertahan Bella Astillah Dikritik Gedik, Dakwa Tak Bawa Anak-Anak Jumpa Bekas Suami – “Nak Campur Hidup Orang Tapi Tak Tahu Cerita Sebenar”

individu tersebut menyifatkan Bella seolah-olah gedik kerana sering membawa anak-anaknya bertemu Syed Saddiq.

Featured Fri, 21 Nov 2025

Adam Corrie Kongsi Realiti ‘Pedih’ Bergelar Muallaf, Kekasih Ben Amir Bersuara – “Islam Patutnya Lembut, Bukan Menakutkan”

“Beri ruang, beri masa, beri contoh yang baik. Hidayah milik Allah bukan manusia yang menilai”, demikian respons pelakon Adam Corrie terhadap cabaran awal bergelar muallaf. Katanya, pada fasa awal penghijrahannya dahulu, orang ramai lebih suka […]

Drama Tue, 14 Feb 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022
error: Content is protected !!