Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops December 18, 2019 @ 5:18pm

Resipi Nasi Komok yang sangat sedap dan mudah

Mungkin ramai yang tidak pernah dengar atau tahu mengenai hidangan nasi komok. Hidangan berasal dari daerah di selatan Thailand itu  juga dikenali dengan nama khao mok gai.

Ada juga yang menyebut nasi komok ini sebagai nasi beriani Siam, tidak kurang juga yang mengatakan rasanya seperti nasi Arab.

resipi nasi komok

Nasi komok cukup popular di negeri Pantai Timur, malah pes rempah khasnya juga mudah didapati di kawasan berhampiran Thailand dan sekitar Kelantan terutama sekali di daerah Rantau Panjang.

Hidangan ini seperti nasi goreng, tetapi boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk. Aroma hidangan ini cukup wangi dan rasanya amat memikat selera.

Apa pun, jangan bimbang jika tidak ada rempah nasi komok, anda boleh cuba untuk membuat sendiri rempah nasi komok. Resipi di bawah menunjukkan bahan-bahan dan cara penyediaan daripada awal sehinggalah akhir. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 125 gram mentega
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • ½ biji bawang besar
  • Bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun bay
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 ½ sudu besar jintan manis
  • 1 ½ sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
  • Sebiji tomato
  • 5 biji cili padi
  • Sedikit akar daun ketumbar
  • 3 cawan air
  • 1 ½ cawan susu cair
  • ½ ekor ayam
  • 3 cawan beras
  • Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  • Panaskan kuali dan masukkan mentega
  • Kemudian, masukkan kesemua bahan menumis dan tumis sehingga naik bau

resipi nasi komok

  • Masukkan serbuk kari, jintan putih, jintan manis, serbuk kunyit, serbuk kurma dan serbuk kayu manis
  • Langkah seterunya, masukkan sedikit air dan kacau sehingga rempah sebati
  • Setelah itu, masukkan sebiji tomato, cili padi dan akar ketumbar

resipi nasi komok

  • Seterusnya, masukkan air dan susu cair
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Kemudian, masukkan ayam dan biar sedikit mendidih
  • Akhir sekali, masukkan beras dan tutup periuk sehingga nasi masak

resipi nasi komok

Nasi komok siap untuk dinikmati seisi keluarga. Hidangan ini enak dimakan bersama salad sayuran dan sambal tomato.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Aug 2025

“Saya Yang Pikul Tanggungjawab Dari Mereka Kecil”  – Hantaran Di Media Sosial Curi Perhatian, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?

Rita Rudaini menyorot perhatian apatah lagi hantarannya itu kelihatan seakan-akan meluahkan perasaannya.

Featured Thu, 3 Aug 2023
Acara Tue, 26 Nov 2019

Millac dan Millac Gold, krim bernutrisi tinggi

Sesuai untuk pelbagai jenis hidangan

Events Sat, 14 Jun 2025

Konsert Hael Husaini & Repertoire Tampil 4 Artis Ternama Tanah Air

Hael Husaini tampil dengan konsert sulungnya tidak lama lagi.

Featured Fri, 5 Jun 2026

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

Featured Tue, 9 Aug 2022
Featured Sat, 28 Jun 2025

“Ini Bukan Beban, Tapi Bimbingan”- Syed Saddiq

Syed Saddiq mohon diberikan ruang dan masa untuk bersama keluarganya.

Featured Mon, 11 Apr 2022
Featured Thu, 2 Jan 2025
error: Content is protected !!