Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2025 @ 12:37pm

“Ini Bukan Beban, Tapi Bimbingan”- Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokongnya yang tidak henti-henti memberikan sokongan sepanjang beliau berdepan detik sukar sebelum ini.

Kata Syed Saddiq, dia bersyukur kerana memiliki ibu dan ayah yang sentiasa ada dan mendoakannya.

“In the toughest of times & the darkest of days, they stood by my side all the way.

“I am the luckiest son in the world!,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga memohon agar dia diberikan ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang memandangkan sebelum ini dia terlalu sibuk dengan hal-hal berkaitan politik.

“Minta maaf kalau saya tak dapat respon kepada mesej sokongan dari semua yang tak putus putus masuk.

“Saya mohon sedikit masa & ruang untuk luangkan masa bersama keluarga tersayang.

“Since i joined Politics, i have never had much time to spend with my family as i’ve always put Malaysia first. I owe myself & my family a short-break. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah atas segala ujian ini,” jelasnya.

Tambahnya, dia tidak menganggap sepanjang tempoh lima tahun diuji dengan fitnah dan dihina sebagai beban tetapi bimbingan untuknya menjadi lebih kuat.

“Lima tahun. Difitnah. Diuji. Dihina. Tapi aku tahu ini bukan beban, ini bimbingan. Ujian ini bukan untuk melemahkan, tapi untuk menguatkan.

“Hari ini aku dibebaskan. Bukan hanya oleh mahkamah, Tetapi oleh kebenaran yang tak pernah goyah. Terima kasih Ya Allah,kerana di sebalik luka, Kau tanamkan tekad yang tak pernah mati,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Terdahulu, Syed Saddiq dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Rayuan daripada hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta bagi empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 May 2025

Didakwa Lari Tak Bayar Kontraktor Ubah Suai Rumah Di London, Bonda Rozita Tampil Bersuara!

Bonda Rozita didakwa tak bayar kontraktor rumah mewah di London

Hiburan Thu, 27 Jun 2024

Azhan Rani Kena ‘Reject’ Drama 60 Episode Sebab Muka Awam

Drama apalah yang reject Azhan Rani ni, rugi.. Dah la berlakon power

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Saya Tumpang Kontroversi” – Siti Khadijah Halim Kena Tempias Gara-Gara…

Yelah kan nama pun nak sama dah tu yang netizen confius tu…

Featured Thu, 26 May 2022
Trending Mon, 3 May 2021
Hiburan Sat, 4 Jan 2020

Kahwin Bulan Ini, Sasha Saidin Bakal Ikut Suami Pindah Luar Negara

Keluarga akan menjadi keutamaan saya nanti…

Featured Thu, 16 Jan 2025
error: Content is protected !!