Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 27, 2024 @ 2:34pm

Azhan Rani Kena ‘Reject’ Drama 60 Episode Sebab Muka Awam

Pelakon, Azhan Rani memaklumkan dia ditolak daripada menjalani penggambaran drama 60 episod gara-gara memiliki wajah awam.

Menerusi perkongsian di Instagram, aktor drama popular Nur ini berkata perkara tersebut sering berlaku sehingga dia tidak terkesan.

“Baru-baru ni aku dapat tawaran 60 episod lepas tu aku kena reject walaupun drama aku sebelum tu untuk channel sama jadi fenomena juga la.

“Alah bisa tegal biasa, bukan kali pertama pun jadi macam ni. Sebagai wajah awam aku akan terus serve untuk orang awam. Aku tak serve untuk channel tu pun,” katanya.

Dalam hantaran sama, Azhan yang memuat naik foto bersama penulis skrip teater, Aloy Paradoks memuji kepakarannya dalam pementasan teater meskipun turut dikritik orang awam.

Malah, Azhan mengambil semangat Aloy untuk terus memberikan lakonan yang terbaik dalam mana-mana dramanya.

“Awam tak awam, orang nak cakap apa pun cakap la. Yang kau bagi semalam atas pentas tu dasyat. Aku percaya yang muka swasta pun terkincit tercirit kalau nak buat apa yang kau buat tu. Teruslah menjadi kesayangan awam, @aloyparadoks.

“Aku nak jadi sekuat kau Aloy, dipukul ribut kencang mana pun kau tetap gah di pentas kau sendiri,” tulisnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhan Rani Borak Dengan Budak Afghanistan Fasih Cakap Melayu, Siap Sempat Gurau – “Ustaz Madi Jangan Macam-Macam”

Artikel Berkaitan: Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Kali Keempat, Azhan Rani Diuji Penyakit Akut Gunung – “Aib Nak Cerita Macam Mana Sampai…”

Kredit foto: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Jul 2018

Jijik! Cabul Pelajar Kolej Di Tiga Lokasi Berbeza

Hari Raya Kedua orang sibuk beraya, lelaki ini sibuk mencabul pula. Kan dah kantoi!

Events Thu, 28 Nov 2024

Bekpes Hot Baca Nama Graduan Sempena Majlis Konvokesyen UKM! Johan Paling Power, Sampai Mic Pun Boleh Jatuh

Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.

Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan […]

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Events Mon, 11 Nov 2019
Featured Fri, 10 Jun 2022
error: Content is protected !!