Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 21, 2024 @ 3:37pm

[VIDEO] Ronnie Hussein Berniaga Di Bazar Ramadan, Sempat Belanja Lagu Dekat Customer… Ramai Puji Suara Tetap Maintain

Tular di media sosial, penyanyi Ronnie Hussein sibuk menjalankan perniagaan di bazar Ramadan, baru-baru ini.

Menerusi muat naik seorang pengguna di TikTok, Ronnie melayan pelanggannya ketika urusan jual beli di bazar Ramadan di Johor Bahru.

Namun apa yang menarik perhatian adalah video pendek tersebut turut memaparkan Ronnie sempat menyanyikan lagu hitsnya, Hanya Aku kepada pelanggan.

“Beli Nasi Goreng, Abang Ronnie Hussein belanja satu lagu,” tulis pengguna tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya memuji nyanyian bekas vokalis kumpulan Hyper Act itu biarpun sibuk berniaga sempat melayan pelanggan.

Malah, ada juga yang menyifatkan suara Ronnie masih maintain seperti biasa apabila menyanyikan lagu tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan dan lebih 22,000 tanda suka.

Ronnie Hussein

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Mar 2021
Featured Fri, 14 Oct 2022
Hiburan Mon, 18 Nov 2024

Famili Duo 4: Shiha & Ieda Zikir Runtun Jiwa, Jadi Juara Minggu Ke-4! Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Shiha Zikir & Ieda Zikir berjaya menjadi juara minggu keempat Famili Duo 4!

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

“Boleh Jatuh Haram Buat Rawatan Alat Kelamin Walau Alasan Untuk Suami” – Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ menyifatkan tindakan tersebut terjatuh dalam hukum haram

Trending Sat, 19 May 2018

Netizen Terpukau Ucapan Tahniah Duta Perancis Dalam Bahasa Melayu

video ucapan tahniah Frederic itu disampaikan dalam bahasa Melayu sekali gus mendapat pujian daripada netizen Malaysia.

Trending Thu, 31 Dec 2020
Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Kilafairy Kini Popular Di Pentas Antarabangsa?

Kilafairy, 26 berkata beliau sama sekali terkejut apabila mendapat tahu bahawa lagunya itu telah menduduki carta pertama iTunes di Papua New Guinea sejak dilancarkan pada 16 Februari lalu

error: Content is protected !!