Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2026 @ 12:22pm

“Boleh Jatuh Haram Buat Rawatan Alat Kelamin Walau Alasan Untuk Suami” – Ustazah Asma’ Harun

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ tampil menegur secara terbuka kepada golongan wanita yang melakukan rawatan memutihkan atau mengetatkan kemaluan.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Ustazah Asma’ menyifatkan tindakan tersebut terjatuh dalam hukum haram kerana membabitkan aurat wanita sesama wanita.

“Boleh jatuh haram ya buat rawatan alat kelamin tujuan ketat dan cerah, walau alasan untuk suami. Aurat besar dan ubah,” katanya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menyifatkan individu yang menyebarkan dia melakukan rawatan tersebut seolah-olah telah membuka aib sendiri.

“Jangan buka aib diri bercerita buat rawatan tersebut. Ia beri bayangan aib alat sulit. Bila hilang sifat malu,” katanya.

Dalam perkongsian sama juga, Ustazah Asma’ berkongsi hujahan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memberi penjelasan lebih berhubung perkara tersebut.

Isu tersebut mula menjadi sorotan ramai selepas pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz memaklumkan dia melakukan rawatan laser bagi tujuan mengetatkan dan mencerahkan kemaluan sehingga mengundang spekulasi ramai.

Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Tak Terkesan Netizen Kritik Jalani Rawatan Laser Ketatkan Kemaluan – “Ramai Triggered, Saya Cantik Sendiri Sajalah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Dec 2022
Trending Mon, 28 Dec 2020

Adira Suhaimi Kembali Dengan Single Terbaru!

Mesti best! Tak sabar nak dengar????

Hiburan Sun, 3 Aug 2025

Aliff Syukri ‘Tewaskan’ Khairul Aming, Cipta Rekod Jualan Terpantas RM1 Juta

Tahniah Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida 🥰

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Mana Ada Hilang, Elly Cuti Panjang

Lakonan Elly Mazlein dalam drama Teratai Kemboja memang akan buatkan kita geram, rasa macam nak masuk dalam TV dan ketuk kepada dia pun ada kan? Begitu hebatnya impak yang disampaikan oleh pelakon berusia 38 tahun […]

Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“MV Lalu Dua Saat Je, Saya Tak Cukup Berjaya Ke?” – Wani Kayrie Terkilan, Dakwa Pencapaian Karya Muzik Tidak Dihargai

Wani berkata dia pada awalnya teruja apabila montaj berkenaan memaparkan pencapaian video muzik milik barisan alumni program itu.

error: Content is protected !!