Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 2, 2022 @ 9:27pm

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan cara penampilannya sebagai pelik.

Baru-baru ini, fesyen DSV telah mencuri perhatian wargamaya kerana pakaiannya lebih ringkas tidak seperti penampilan sebelumnya.

Menerusi video berdurasi 33 saat yang dikongsikan oleh DSV di akaun TikTok miliknya, pelantun lagu Ku Ikhlaskan itu mengenakan busana berwarna krim dan ada yang berpendapat DSV kelihatan ramping dengan menggayakan pakaian tersebut.

Menurut DSV, buat pertama kalinya dia menggayakan busana yang ringkas kerana sebelum ini dia sering tampil dengan fesyen yang pelik dengan warna-warna yang garang.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyukai penampilan serba ringkas DSV itu dan berpendapat busana yang dipakainya sangat sesuai dan lebih cantik tanpa perlu berlebih-lebihan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan DSV dan berharap usahawan itu kekal dengan fesyen yang lebih simple kerana dapat menyerlahkan lagi sisi cantiknya itu.

“Wahhh nampak Datuk cantik sangat. Nampak Datuk kurus macam ni, lawa kalau hari-hari Datuk pakai,” tulis seorang warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 237,000 tontonan dan lebih 15,000 tanda suka.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Tidak Hadir Pertunangan Anak, Bapa Zahirah Macwilson Akhirnya Buka Mulut!

Pernah berlaku dia tak datang tengok anak kedua ini selama enam bulan. Jadi saya ambil keputusan bawa isteri dan anak kedua ini ke Perth.

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Sering Jayakan Watak Suami & Bapa Orang, Hariz Hamdan Dah Ramai Penasihat Rumah Tangga

Walaupun baru berusia 24 tahun dan masih bujang, pelakon Hariz Hamdan sering menerima tawaran membawakan watak suami, bapa & lelaki yang jauh lebih matang.

Trending Fri, 20 Nov 2020

Tunai Impian Sebelum Bernikah, Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Rumah

Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.

Trending Thu, 10 May 2018

Tun M Diisytihar Perdana Menteri Ke- 7

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.

Featured Fri, 7 Oct 2022

Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar  – “Mereka Lebih Tahu”

Kalau mengaku pun kena kecam, kalau menafikan pun sama juga – Eyka Farhana

error: Content is protected !!