Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 14, 2019 @ 9:00am

Tidak Hadir Pertunangan Anak, Bapa Zahirah Macwilson Akhirnya Buka Mulut!

Bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson, Zainol Johari Macwilson mendakwa dirinya mendapat ugutan daripada bekas suami isterinya mengenai hak penjagaan anak.

Atas sebab itu, dia tidak dapat hadir ke majlis pertunangan anaknya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza di Perth pada 8 Jun lalu. 

 

 “Saya bawa isteri dan anaknya yang berumur enam tahun tinggal bersama di Australia sejak Mac lalu.
 
“Bekas suaminya tiba-tiba hantar mesej menyoal kenapa membawa anaknya tanpa memberitahunya terlebih dahulu dan meminta supaya membawanya pulang segera ke Malaysia.
 
“Jika tidak berbuat demikian, dia akan buat laporan polis dan mengatakan sanggup membayar semula tiket penerbangan untuk anaknya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pada peringkat awal, individu terbabit tidak pernah ambil tahu berkenaan nasib dua anak di bawah jagaan bekas isterinya itu walaupun jarak rumah hanya 10 minit perjalanan.

“Pernah berlaku dia tak datang tengok anak kedua ini selama enam bulan. Jadi saya ambil keputusan bawa isteri dan anak kedua ini ke Perth.

“Manakala anak sulung isteri sudah besar berusia 19 tahun. Dia enggan ikut ke Perth dan tinggal di rumah pusaka keluarga isteri,” katanya.

Zainol berkata, apabila perkara itu diketahui oleh individu terbabit, dia mula bertindak di luar dugaan.

“Tahun lalu, isteri dengan bekas suaminya sudah selesaikan perkara ini di Mahkamah Syariah Kangar untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

“Pegawai Sulh di situ memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada ibunya dan bapanya ada hak mengambilnya hujung minggu. Namun dia mengabaikannya dan memberi pelbagai alasan tidak logik,” katanya.

Katanya, dia tidak gentar dengan ugutan individu terbabit, namun memberikan kebenaran kepada isterinya untuk pulang ke Perlis bersama anaknya.

“Saya jelaskan kepada isteri yang saya kena ada di Perth kerana Zahirah nak bertunang. Tapi isteri rasa takut sekiranya dia diapa-apakan oleh bekas suami.

“Namun memikirkan saya yang bawa isteri dan anaknya ke sini, saya akhirnya buat keputusan pulang bersama isteri.

“Sebaik kami sampai ke Perlis, dia datang ambil anak keesokan harinya. Isteri memberitahu tugas rutin yang perlu dibuat untuk anak mereka iaitu menguruskan persekolahannya pagi dan petang,” katanya.

Zainol memberitahu, individu terbabit mula berdalih apabila memberikan alasan akan mengganggu tugas sehariannya.

“Disebabkan itu, kami minta surat pengesahan daripadanya yang memberikan kebenaran untuk membawa anak kedua ini berhijrah ke Perth dan ia sudah pun diperoleh.

“Insya-Allah ia akan memudahkan lagi proses permohonan taraf penduduk tetap. Surat ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa imigresen Australia,” katanya.

Zainal berjanji akan memberikan didikan terbaik buat anak tirinya sehingga berjaya.

“Saya ada empat anak dan alhamdulillah kesemuanya berjaya. Walaupun bercerai dengan ibu Zahirah, saya dah menjalankan tanggungjawab sebagai ayah yang baik.

“Saya didik mereka dengan baik, penuh disiplin dan berjaya dalam pelajaran. Tiga anak berjaya masuk universiti dan yang bongsu pun cemerlang dalam pelajaran.

“Kalau dulu ada warganet yang bersangka buruk dengan saya kerana tak hadir ke majlis pertunangan Zahirah, inilah jawapan sebenarnya. Tak betul jika ada yang anggap saya dilarang atau dihalang hadir ke majlis itu,” katanya.-Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Nov 2019
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Azwan Ali Sertai Perhimpunan Tolak ICERD

Selebriti Azwan Ali mencuri tumpuan di pekarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur apabila turut menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Tampil dengan gaya tersendiri, Azwan yang diiringi beberapa […]

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

范冰冰遭拍素颜睡姿「嫩肌白到发光」飘仙气

中国女星范冰冰出道多年,冻龄有术,除了脸蛋紧致无暇,也是圈内出了名的白皙美人。大年初五就开工的她,戏一拍就到隔天凌晨,一收工倒头就睡,被偷拍也不知道,而她睡姿照在网上公开后,嫩白到发光的皮肤让网友看了惊叹不已。

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Featured Mon, 28 Nov 2022
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bantuan Insentif Buat B40, B50 Yang Terjejas – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang […]

error: Content is protected !!